Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Itu air longkang'; resipi 'kari ayam S'pura' New York Times kena hentam

Topik menyentuh tentang makanan boleh 'memecahbelahkan' rakyat Singapura tetapi satu insiden membawa seluruh masyarakat berdiri teguh bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
'Itu air longkang'; resipi 'kari ayam S'pura' New York Times kena hentam

Resipi 'Kari Ayam Singapura' dimuat baik oleh New York Times dihentam oleh warga Singapura. (Gambar: NYTCooking/Instagram)

Diterbitkan : 06 Feb 2022 08:31PM Dikemas Kini : 06 Feb 2022 08:36PM

SINGAPURA: Topik menyentuh tentang makanan boleh 'memecahbelahkan' rakyat Singapura tetapi satu insiden membawa seluruh masyarakat berdiri teguh bersama.

Ia melibatkan resipi "kari ayam Singapura" terbitan New York Times yang dimuat naik ke laman resipinya, NYT Cooking, serta akaun Instagramnya pada Selasa (1 Feb).

Catatan Instagram itu disertakan dengan kapsyen "Apa yang kami sediakan untuk Tahun Baru Cina" dan menunjukkan sebuah video lauk kari dimasak oleh wartawan Clarissa Wei, yang menyesuaikan resipi tersebut daripada Shila Das.

Menerusi laman NYT Cooking, Shila Das digambarkan sebagai "seorang rakyat Singapura generasi kedua yang berketurunan India dan Vietnam".

Tidak menghiraukan isu lain tentang mempersembahkan lauk "kari ayam Singapura" seolah-olah ada satu-satunya versi tepat yang mewakili negara ini, warga siber tidak boleh menerima hasil hidangan yang siap dimasak pada hujung video tersebut.

Bukan sekadar kelihatan pucat, hidangan itu dimasak mengikut langkah-langkah yang menunjukkan bahagian ayam diperap dengan perahan limau nipis dan daun pandan, yang digaul bersama adunan ramuan ditumis - mengandungi bahan-bahan yang jarang sekali dikaitkan dengan masakan kari.

Hasilnya, warga siber sebulat suara tidak boleh menerima lauk kari tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk, "Itu bukan kari. Itu air longkang", "Ini satu penghinaan terhadap kari" dan "Itu cuma air rempah-ratus saja".

Seorang pengguna Instagram, nisalx, menulis: "Adakah ini sindiran" sementara seorang lagi pengguna, charsiew, meninggalkan komen: "Sebagai seorang rakyat Singapura, ini tidak sedikit pun kelihatan seperti kari ayam yang kami makan di Singapura".

Ia disusuli dengan seloroh “hahahahaha” yang ditinggalkan oleh para pengguna lain sebagai tanda setuju.

Penulis blog tempatan, Lee Kin Mun, yang dikenali dengan watak rekaannya Kim Huat, merakamkan sebuah video tentang resipi tersebut di mana beliau menarik perhatian beliau sudah makan banyak kari di Singapura tetapi beliau tidak pernah melihat "yang berwarna kecokelatan".

Beliau berkata resipi yang dikongsikan di laman NYT Cooking kelihatan baik sahaja tetapi tidak bagi video masakan itu.

"Saya rasa anda tidak ikut resipi anda sendiri dengan betul?," beliau berjenaka.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan