Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Isyarat TV Analog ditamatkan tengah malam 1 Jan

Singapura akan beralih dari televisyen analog ke televisyen digital (DTV) pada tengah malam nanti (1 Jan) bagi menyediakan gambar dan audio yang lebih bermutu, sari kata berbilang bahasa dan panduan program elektronik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jan 2019 01:06PM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 11:01PM

SINGAPURA: Singapura akan beralih dari televisyen analog ke televisyen digital (DTV) pada tengah malam nanti (1 Jan) bagi menyediakan gambar dan audio yang lebih bermutu, sari kata berbilang bahasa dan panduan program elektronik.

Singapura antara negara-negara terbaru beralih ke DTV selepas Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Korea Selatan, sejajar dengan trend global.

Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) menyatakan bahawa lebih 90 peratus keluarga Singapura sudah beralih kepada DTV.

Cik Aileen Chia, Timbalan Ketua Eksekutif bagi Dasar, Pengawalan dan Pembangunan Persaingan IMDA berkata, "IMDA sudah membuka kaunter-kaunter DTV di kesemua 106 kelab masyarakat merata Singapura bagi membantu para penduduk. Kaunter-kaunter dibuka dari jam 2.00 petang hingga 9.00 malam sehingga 6 Januari. Kaunter-kaunter ini disambut baik para penduduk. Oleh itu kami menggalak mereka yang belum lagi beralih atau memerlukan bantuan untuk beralih ke DTV, supaya berkunjung ke kaunter-kaunter ini untuk mendapatkan bantuan."

Di samping itu, para penduduk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang belum lagi beralih kepada DTV, masih boleh mendapatkan Kit Permulaan DTV secara percuma sehingga 31 Mac 2019.

IMDA menyatakan bahawa lebih 470,000 keluarga sejauh ini sudah meraih manfaat daripada kit-kit sedemikian.

Syarikat media dan hiburan Mediacorp yang juga mengendalikan siaran televisyen percuma Singapura menyifatkan peralihan digital sebagai satu permulaan baik untuk tahun ini.

"Pada 2019, kami menawarkan pelbagai program yang kami percaya akan diminati para penonton. Misalnya, 2019 adalah Ulang Tahun ke-200 Singapura. Ia juga bertepatan dengan ulang tahun ke-20 Channel NewsAsia. Kami ghairah untuk berkongsi tentang pelbagai program kami yang kami percaya akan diminati penonton," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp, CIk Tham Loke Kheng.

Revolusi digital tidak hanya terhad kepada televisyen malah turut meliputi peranti. Mediacorp mendapati semakin ramai pengguna menonton kandungannya secara online.

"Ya, sebenarnya semakin ramai orang menonton kandungan Mediacorp menerusi Toggle - khidmat hiburan digital kami. Mereka sebenarnya menggunakan Toggle menerusi peranti mudah alih, komputer, tablet, TV bijak, Apple TV dan Chromecast. Apabila anda menggunakan Toggle, anda boleh menonton saluran-saluran TV kami secara langsung. Tetapi pada masa yang sama, anda boleh menonton kandungan kami menerusi video atas permintaan. Ia sangat membantu kerana anda boleh menyesuaikan waktu menonton dengan masa lapang anda," tambah Cik Tham.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan