Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Isteri penyokong nombor 1, Cef Ammar kongsi rahsia berjaya

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri penyokong nombor 1, Cef Ammar kongsi rahsia berjaya

(Gambar: Masak dari Hati Masak with Iman/Facebook)

SUBANG JAYA: Namanya mencetuskan kontroversi, itulah dia Cef Ammar, salah seorang cef kelahiran Palestin yang cukup terkenal di Malaysia dengan menu nasi Arab dan pemilik Chef Ammar Xpress Souk Cafe di Subang Jaya di Selangor, Malaysia. 

Nasi Arab hasil air tangannya dikatakan mahal, terutamanya pada bulan Ramadan, dan mengundang pelbagai reaksi. Namun, tetap ramai yang beratur panjang demi membeli nasinya yang sentiasa habis, menurut portal Keluarga. 

Cef Ammar yang mengongsikan kisahnya menerusi Instagram Live, menceritakan bagaimana isteri beliau selalu menyokongnya pada tiap-tiap masa, tidak kira semasa senang atau sukar. 

"Isteri saya orang Melayu juga. I sayang dia. Saya turun, saya naik, dia bersama saya. Saya susah dia ada. Saya ada duit, dia ada. Bukan saya ada duit, saya lupa dia. Tidak," ujar Cef Ammar, seperti dipetik seorang warga siber di Facebook. 

"Saya sayang dia. She's my everything you know? (Dia segala-galanya bagi saya). Itu perempuan Melayu I kahwin, hidup sayalah," tambah Cef Ammar. 

Cef Ammar juga berkata Tuhan memberinya rezeki, kerja dan rancangan televisyen. Banyak rezeki mencurah-curah. 

Jelas warga siber itu lagi, berbuat baik kepada isteri antara faktor kejayaan Cef Ammar. 

Sesungguhnya isteri itu adalah pembawa rezeki dan disebalik kejayaan seorang suami, pasti ada isteri yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan