Isetan Tampines akan ditutup pada November
Anggaran Waktu Membaca:

Cawangan Isetan di Tampines Mall akan ditutup pada November 2025. (Gambar: Instagram/ilovetampines, Facebook/Tampines Mall)
SINGAPURA: Satu era bakal berakhir, setelah Tampines Mall mengumumkan pada Selasa (6 Mei) bahawa gedung serbaneka Jepun, Isetan, akan menutup cawangannya di sana pada November nanti.
Meliputi dua tingkat, Isetan Tampines Mall telah wujud di pusat beli-belah popular ini sejak pembukaannya pada tahun 1996.
Gedung serbaneka ini menjual pelbagai produk kecantikan, pakaian, peralatan melancong dan mainan.

Menurut Tampines Mall, ruang itu akan diubah suai untuk memberikan pelanggan "satu pengalaman membeli belah yang dipertingkatkan, dengan fesyen, kecantikan dan gaya hidup terkini".
Dengan penutupan cawangan di Tampines Mall, Isetan hanya akan mempunyai dua cawangan lain di Singapura: Shaw House di Orchard dan Nex di Serangoon.
Isetan pertama kali dibuka di Singapura pada tahun 1972, di Hotel Apollo, di Havelock Road. Namun, selama beberapa tahun, ia telah menutup beberapa cawangannya di Singapura, termasuk Isetan Jurong pada 2020 dan Isetan Katong pada 2022.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.