Skip to main content

Gaya Hidup

iPhone 18 Pro dilancar, tampil dengan Siri AI baharu

Apple memperkenalkan rangkaian iPhone 18 Pro, menampilkan peningkatan pada kamera, bateri dan pemproses.

Anggaran Waktu Membaca:
iPhone 18 Pro dilancar, tampil dengan Siri AI baharu

Rangkaian baharu iPhone 18 Pro. (Gambar: Apple)

Diterbitkan : 17 Sep 2026 11:14PM
SINGAPURA: Apple memperkenalkan rangkaian iPhone 18 Pro, menampilkan peningkatan pada kamera, bateri dan pemproses.

Diumumkan bersama iPhone Duo, iaitu iPhone boleh lipat pertama Apple, rangkaian itu terdiri daripada iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max.

Reka bentuk kedua-dua model kekal serupa dengan rangkaian iPhone 17 Pro tahun lalu.

Antara peningkatan utama ialah kamera Fusion 48 megapiksel (MP) dengan bukaan boleh ubah yang mengawal jumlah cahaya memasuki kamera.

Ciri itu membolehkan gambar lebih baik dalam keadaan kurang cahaya serta menghasilkan kesan kabur bagi gambar potret.

Pengguna yang lebih mahir dalam fotografi juga boleh melaraskan tetapan kamera secara manual.

SIRI AI BAHARU, CIP A20 PRO

Rangkaian iPhone 18 Pro turut menyokong Siri AI baharu yang boleh membantu pengguna menyediakan draf emel, berkongsi gambar dan menjawab pertanyaan.

Siri juga boleh memahami konteks kandungan yang dipaparkan pada skrin. Sebagai contoh, ia boleh mengenal pasti perbualan mengenai mesyuarat sebelum menambahkannya ke dalam kalendar apabila diminta.

Menurut Apple, data pengguna dilindungi dan tidak dikongsi dengan pihak lain, termasuk Apple, meskipun sesetengah pemprosesan dilakukan menerusi cloud.

Rangkaian itu turut dilengkapi sistem penyejukan yang dipertingkatkan bagi memastikan prestasi pemproses kekal tinggi, termasuk ketika bermain permainan video.

iPhone 18 Pro mempunyai skrin 6.3 inci manakala Pro Max dilengkapi paparan 6.9 inci. Kedua-duanya menawarkan kadar segar semula 120Hz.

Hayat bateri turut dipertingkatkan, dengan iPhone 18 Pro menawarkan sehingga 34 jam tontonan video dan Pro Max sehingga 43 jam.

Kedua-dua model menyokong pengecasan tanpa wayar dan pengecasan pantas.

HARGA BERMULA S$1,899

iPhone 18 Pro 256GB dijual pada harga S$1,899, naik S$150 berbanding harga pelancaran iPhone 17 Pro tahun lalu.

Versi 512GB pula berharga S$2,199.

Bagi iPhone 18 Pro Max, model 256GB berharga S$2,099 manakala versi 512GB berharga S$2,399.

Apple belum mengumumkan tarikh pelancaran model asas iPhone 18.

Sementara itu, iPhone Duo berharga S$3,099 dan dijadual tersedia pada 23 Oktober.

Telefon boleh lipat itu menawarkan skrin lebih besar tetapi tidak dilengkapi kamera baharu dan zum telefoto seperti rangkaian Pro. Ia juga tidak mempunyai 'Face ID'.
Sumber : CNA/FD/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita