iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max dilancarkan di S'pura
Para peminat Apple beratur panjang di luar cawangan gedung Apple di Orchard Road, untuk mendapatkan model terbaru telefon bijak itu di Singapura hari ini (20 Sep).
SINGAPURA: Para peminat Apple beratur panjang di luar cawangan gedung Apple di Orchard Road, untuk mendapatkan model terbaru telefon bijak itu di Singapura hari ini (20 Sep).
Kesemua tiga model - iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, dilancarkan hari ini.

Kedua-dua iPhone 11 dan iPhone 11 Pro dilengkapi dengan ciri A13 Bionic yang baru, yang disifatkan oleh Apple sebagai 'cip terpantas yang dipasang pada sebuah telefon bijak'.
Bateri iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max masing-masing juga boleh bertahan empat dan lima jam lebih lama berbanding telefon bijak iPhone XS.
Kedua-dua telefon bijak itu juga dilengkapi dengan tiga sistem kamera baru yang mempunyai tiga lensa berbeza.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.