Skip to main content

Gaya Hidup

Inisiatif ihsan ItsRainingRaincoats ajak masyarakat sebar keceriaan kepada pekerja hijrahan sempena Deepavali

Perayaan Deepavali yang bakal menjelang pada 4 November mungkin tidak sama seperti tahun-tahun sesudahnya bukan sahaja kerana sekatan COVID-19 yang berlarutan.

Anggaran Waktu Membaca:
Inisiatif ihsan ItsRainingRaincoats ajak masyarakat sebar keceriaan kepada pekerja hijrahan sempena Deepavali

(Gambar: ItsRainingRaincoats/Facebook)

Diterbitkan : 27 Oct 2021 09:00PM Dikemas Kini : 27 Oct 2021 09:03PM

SINGAPURA: Perayaan Deepavali yang bakal menjelang pada 4 November mungkin tidak sama seperti tahun-tahun sesudahnya bukan sahaja kerana sekatan COVID-19 yang berlarutan. Khususnya bagi masyarakat pekerja hijrahan, mereka terus duduk terkurung di dormitori masing-masing selama setahun setengah sejak pandemik mencengkam.

Sebahagian besar daripada 300,000 pekerja hijrahan di Singapura terkurung di dormitori mereka sejak April, jauh sebelum kelompok KTV muncul atau akronim berkaitan COVID-19 direka.

Selain untuk bekerja, mereka tidak diizinkan keluar - kecuali beberapa ratus daripada mereka yang dibenarkan keluar sebagai sebahagian daripada satu program perintis bulan lalu - apatah lagi untuk meraikan Deepavali.

Oleh itu, pertubuhan masyarakat setempat ItsRainingRaincoats (IRR) memulakan satu inisiatif untuk membangkitkan semangat mereka dan menyebarkan keceriaan sempena Deepavali akan datang.

Ia menganjurkan satu inisiatif amal dipanggil 'Deepavali Festive Drive', yang dijalankan sehingga 13 November untuk mengumpulkan sumbangan makanan dan derma daripada orang ramai.

Pertubuhan itu juga mengalu-alukan anggota masyarakat untuk berganding bahu dengan mereka sebagai relawan yang akan membantu mengagih-agihkan sumbangan kepada para pekerja hijrahan.

Berikut adalah tiga cara bagaimana anda boleh menghulurkan bantuan.

#1: Hantarkan makanan, barangan perayaan atau pek perlindungan diri kepada pekerja hijrahan

Orang ramai boleh menaja dan menghantar kudapan Deepavali, barangan atau piza daripada senarai rakan kongsi yang bekerjasama dengan IRR bagi inisiatif ini.

Bagaimana ia dilakukan?

Anda boleh memesan piza daripada Alt Pizza dan Pizza Hut atau samosa daripada Gourmet Ready secara langsung. Kemudian, kirimkan pesanan tersebut ke alamat IRR.

Penghantaran makanan mesti dipesan melalui pautan-pautan berikut untuk:

Semua tempahan makanan ini sepatutnya dihantarkan ke alamat IRR hanya pada 13 November kerana ia adalah sebahagian daripada acara derma 'Drive & Distribute'.

Namun, sekiranya anda mahu mendermakan barang-barang lain, anda boleh menyediakan pek jagaan diri tersendiri ataupun menyumbang kuih-muih serta pencuci mulut seperti vadai, gula-gula India, cokelat, buah-buahan, aiskrim, malahan juga bento makanan tengah hari.

Sebagai panduan, pek jagaan diri boleh merangkumi snek dan barang keperluan - contohnya, kopi 3-dalam-1, sabun, syampu, kad data dan muruku.

Kemudian, anda perlu menghubungi relawan IRR untuk mengaturkan penghantaran.

Lebih banyak butiran boleh didapatkan di sini.

#2: Jadi relawan yang menghantar sumbangan kepada pekerja hijrahan pada 13 November

Jika anda memiliki pengangkutan sendiri, anda juga boleh menghulurkan bantuan dengan mengagih-agihkan makanan serta kudapan yang didermakan di acara 'Drive & Distribute' IRR.

Anda hanya perlu mendaftarkan diri sebagai relawan dan butiran lanjut akan dimaklumkan kepada anda.

#3: Derma wang

Sumbangan derma yang dikumpulkan akan disalurkan kepada kempen 'Ray of Hope'. Ia akan digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti barangan dapur, kelengkapan dandanan diri dan makanan bagi pekerja hijrahan. Butirannya boleh didapatkan di sini

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita