Inilah jadual penerbangan VTL SIA & Scoot ke M'sia
Singapore Airlines (SIA) dan Scoot baru saja mengeluarkan jadual penerbangan yang diperuntukkan bagi Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) ke Malaysia.
Gambar: Scoot; Unsplash
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) dan Scoot baru saja mengeluarkan jadual penerbangan yang diperuntukkan bagi Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) ke Malaysia.
VTL dengan Malaysia dijadual bermula pada 29 November dan hanya bagi perjalanan udara antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) buat masa ini. Perjalanan VTL bagi laluan darat pula dilaporkan akan dilancarkan tidak lama lagi.
VTL dengan Malaysia akan dilancarkan dengan enam penerbangan VTL antara Lapangan Terbang Changi dengan KLIA setiap hari. Keenam-enam syarikat penerbangan yang akan mengendalikan penerbangan VTL adalah AirAsia, JetStar Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Scoot dan SIA.
Bagi mereka yang tidak sabar untuk menempah penerbangan ke Malaysia, inilah penerbangan yang anda ingin tempah.
Gambar: Singapore Airlines
SINGAPORE AIRLINES
Penerbangan VTL yang diperuntukkan antara KL dengan Singapura bermula pada 29 November. Tempahan dibuka pada 10.00 pagi, 19 November . Terdapat sebanyak 10 penerbangan ulang-alik VTL yang ditawarkan oleh SIA antara Singapura dengan KL dan ia akan dipaparkan di laman web SIA.
Berikut adalah penerbangan VTL SIA antara Singapura dengan KL:
Singapore Airlines: Penerbangan VTL KL
Berikut adalah penerbangan bukan VTL yang dikendalikan oleh SIA:
Singapore Airlines: Penerbangan bukan VTL.
Maklumat lanjut di sini.
Gambar: Scoot
SCOOT
Berikut adalah penerbangan VTL Scoot yang ditawarkan untuk ke KL:
Scoot: Penerbangan VTL KL
Penerbangan bukan VTL:
Scoot: Penerbangan bukan VTL KL
Maklumat lanjut di sini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.