Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini tip agar bakal pengantin tidak bimbang adakan majlis semasa musim hujan ini

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Musim cuti sekolah sudah tiba! Pasti ada di antara anda yang merancang untuk mengadakan majlis persandingan pada bulan ini.

Namun, melihat cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini memang menakutkan bakal pengantin. 

Jangan biarkan faktor musim hujan alasan untuk anda tangguh hari bahagia pula.

Berikut beberapa perkongsian Astro AWANI mengenai persiapan ideal untuk memastikan majlis perkahwinan anda kekal indah dan diingati ramai walaupun diraikan dalam hujan.

'PELAN B'

Jika anda merancang untuk mengadakan majlis persandingan di tempat yang terbuka pada musim hujan, maka anda harus mempunyai ‘Pelan B’. 

Pertimbangkan alternatif untuk siap sedia dengan khemah sekiranya hujan turun tiba-tiba.

PENGANGKUTAN

Anda juga perlu memikirkan soal pengangkutan ke lokasi resepsi majlis dalam keadaan cuaca buruk. 

Mungkin anda boleh merancang majlis perkahwinan anda di sebuah rumah/banglo menghadap laman indah dengan hiasan bunga hidup.

DANDANAN RAMBUT

Air hujan boleh mengusutkan rambut anda sekalipun rambut telah disembur 'hair spray' sebelum majlis. 

Bincang dengan individu yang menata rias rambut anda dan minta mereka mengajar ibu atau pengiring cara mendandan semula rambut sekiranya terkena tempias air hujan.

KASUT

Bukan hanya rambut, kasut juga perlu diambil kira sekiranya hujan turun di lokasi majlis. 

Bayangkan dengan kasut tumit tinggi, anda pula terpaksa memijak tanah hingga tinggalkan kotoran. Mesti rimas dibuatnya!

Sediakan sepasang kasut tambahan yang sesuai dipadankan dengan gaun pengantin anda. 

Kalau nak padankan dengan ‘but’ pengantin juga tak salah asalkan sesuai dengan keadaan.

PAYUNG UNTUK TETAMU

Sediakan payung sebelum hujan! 

Bayangkan tetamu yang hadir perlu meletakkan kereta di kawasan yang agak jauh dari lokasi majlis. 

Anda boleh sediakan banyak payung supaya mereka dapat berteduh sambil berjalan ke lokasi agar tidak basah kuyup.

Selebihnya, sama-sama kita berdoa agar segala urusan di hari bahagia anda dipermudahkan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan