Ini petua hilangkan bau durian dari kereta atau peti sejuk
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sinchew)
JOHOR: Musim durian sudah menjelang tiba!
Jika anda gemar memakan buah durian, namun tidak berapa suka dengan aroma yang ditinggalkan, berikut adalah cara-cara untuk bantu menghilangkannya.
Seorang warganet di Malaysia berkongsi di sebuah kumpulan di Facebook baru-baru ini bahawa roti putih boleh digunakan untuk menyerap bau itu.
"Letakkan kepingan roti di atas durian dan anda boleh menghilangkan baunya," nasihat seorang warganet, yang mempelajari cara itu daripada seorang rakan.
Catatan itu turut dikongsi dengan sebuah bahagian belakang kereta yang dipenuhi dengan durian, setiap satu dengan sekeping roti terletak di atasnya. Menurutnya, roti itu berfungsi sebagai "span" yang boleh menyerap bau durian.
Malah, beliau juga menyarankan untuk meletakkan tangkai buah durian di bolong (vent) penghawa dingin untuk menghilangkan bau kereta.
Namun beberapa warganet turut ragu-ragu dengan kegunaan roti itu, dengan seorang yang bertanya, "Bukankah kepingan roti itu akan mendatangkan lipas?"
Ada juga yang terhibur, dengan seorang lagi warganet berkata: "Saya fikir durian itu demam dan memerlukan pad penyejuk."
Walau bagaimanapun, para pengguna yang sudah mencuba cara-cara itu pula memberi jaminan atas keberkesanannya, dengan seseorang mengisytiharkan bahawa batang durian adalah penyahbau terbaik.

Sumber : Today/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.