Skip to main content

Gaya Hidup

Ini kesan ambil makanan dengan pewarna tiruan terhadap otak kanak-kanak

Anggaran Waktu Membaca:
Ini kesan ambil makanan dengan pewarna tiruan terhadap otak kanak-kanak

(Gambar: ANDREAS SOLARO / AFP)

KUALA LUMPUR: Makanan dan minuman yang berwarna-warni sememangnya menarik perhatian anak-anak kita.

Namun, tanpa kita sedar makanan dengan pewarna tiruan paling memberi kesan pada otak anak kita malah sikap dan perangai anak akan turut terkesan, seperti yang dilaporkan Pa&Ma.

Bukan sekadar alahan bahkan banyak simptom lain yang memberi kesan pada anak kita.

Dr Mazliana Mazlan berkongsi keburukan jenis pewarna itu sebagai panduan untuk pasangan ibu bapa.

Reaksi alahan, tidak semestinya dengan timbul ruam satu badan, gatal kulit atau bersin tak berhenti.

Kelakuan anak yang berubah menjadi aneh juga merupakan salah satu dari reaksi alahan yang boleh berlaku tanpa disedari.

Lantas, elakkan anak-anak kami dari pewarna makanan tiruan. Terlalu banyak warna tiruan ada dalam makanan yang diproses.

Kanak-kanak sememangnya gemar memakan makanan tinggi pewarna. Mereka tertarik dengan warna yang terang dan cerah kerana makanan sedemikian menaikkan selera mereka. Namun, ia akan bawa kesan buruk pada otak anak jika kita tidak mengawal pengambilannya.

Ada pewarna atau tidak, rasa masakan akan tetap sama. Apa yang beza, cuma warna yang tidak boleh menarik perhatian anak, lapor Pa&Ma.

Jus buah juga mengandungi pewarna tiruan.

Tetapi apabila diketahui bahawa ia tidak elok untuk otak dan minda anak dalam jangka masa panjang, pasti kita tidak sanggup untuk masukkan pewarna tiruan dalam adunan kek yang anak minta, misalnya.

Sama-sama kita cuba untuk perhatikan apa yang anak makan setiap hari.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita