Ini cara untuk mandi dengan betul dan dapatkan hasil terbaik
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kami tahu apa yang anda mungkin fikirkan: Anda telah mandi hampir sepanjang hidup anda - pasti anda sudah tahu bagaimana caranya, kan?
Benar, tetapi apa yang mungkin anda tidak sedar adalah terdapat cara untuk menyusun proses mandi supaya setiap satu dilakukan dengan lebih teliti dan berkesan.
Pernahkah anda mempertimbangkan bahagian badan mana yang perlu diberi keutamaan?
Kita menggunakan pelbagai jenis produk semasa mandi, termasuk syampu, pelembap rambut , sabun mandi, pencuci muka serta produk kebersihan diri yang lain. Setiap produk memberi kesan kepada yang lain, dan oleh itu, ia juga menentukan kesan rutin mandi anda.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, adalah wajar untuk memberi perhatian teliti kepada setiap langkah dalam rutin mandi anda.

BERMULA DARI ATAS KE BAWAH
Mengapa anda harus memulakan mandi dengan mencuci rambut? Air yang membawa sisa daripada syampu dan pelembap rambut anda berkemungkinan akan mengalir ke muka anda semasa membilas - anda tidak mahu sisa-sisa ini terkumpul di muka anda.
Produk rambut yang diformulasikan untuk merawat rambut anda tidak dimaksudkan untuk kulit muka. "Sisa daripada produk rambut seperti syampu, pelembap boleh menyebabkan masalah kulit, terutamanya bagi orang yang mempunyai kulit sensitif atau cenderung berjerawat. Produk-produk ini sering mengandungi silikon, minyak dan wangian yang boleh menyumbat liang pori atau merengsakan kulit jika tidak dibilas dengan teliti," kata Dr Shirley Kwee, pengarah perubatan Cambridge Medical Group.
Perkara yang sama berlaku apabila berkaitan dengan kulit badan, kerana air daripada membilas rambut anda juga akan mengalir ke badan anda. "Bahagian belakang dan dada adalah kawasan di mana ramai individu mengalami jerawat badan atau folikulitis, dan sisa daripada syampu dan pelembap rambut boleh menyumbang kepada masalah ini. Kegagalan untuk membersihkan dengan teliti boleh menyebabkan pengumpulan sisa ini pada permukaan kulit dari masa ke masa, dan mengakibatkan jerawat atau kerengsaan," tambah Dr Kwee.
MENCUCI MUKA SEMASA MANDI

Mencuci muka anda selepas selesai dengan rambut anda akan memastikan sisa-sisa ini dibuang dengan teliti dari wajah.
Jika anda memakai solekan dan biasa menggunakan minyak pembersih atau balsam untuk menanggalkannya, anda juga boleh melakukannya semasa mandi.
Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda - ini akan membuang kotoran dan sebum secara berkesan serta membilas sisa produk daripada mencuci rambut, dan memastikan liang pori dibersihkan dengan lebih mendalam.
Apabila mencuci muka semasa mandi, adalah idea yang baik untuk menurunkan suhu air. Air panas yang mungkin terasa baik pada badan mungkin terlalu panas untuk muka anda, menghilangkan minyak semula jadi kulit muka dan menyebabkannya kering atau iritasi.
"Mandi air panas yang berlebihan boleh memburukkan keradangan kulit bagi individu yang mempunyai keadaan seperti ekzema, rosacea atau jerawat. Menggunakan air suam atau sejuk semasa mandi secara umumnya lebih baik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah serangan," nasihat Dr Kwee.
PEMBERSIHAN BADAN, PENGELUPASAN DAN PENCUKURAN
Amalan sikat kering harus dilakukan pada kulit kering, dan sebelum anda mandi, supaya sebarang serpihan kulit yang terkelupas apabila disikat boleh dibasuh. Ini diikuti dengan sabun mandi untuk membersihkan badan.
Sebaliknya, pengelupasan fizikal menggunakan skrub badan bergranul harus dilakukan selepas anda selesai mencuci badan anda. Sabun mandi anda berfungsi untuk menghilangkan kotoran pada permukaan kulit, meninggalkannya bersih dan sedia untuk pengelupasan.
Selalunya, skrub badan diformulasikan supaya berbau harum dan berminyak, dan oleh itu sewajarnya digunakan selepas mencuci.
Jika anda perlu mencukur kaki anda, anda mungkin ingin melakukannya selepas mandi.
Air panas dan wap boleh membantu membuka folikel rambut dan melembutkan rambut, supaya membolehkan anda mendapatkan cukuran yang licin dan rapat. Ini juga boleh membantu mencegah luka cukur dan benjolan daripada terbentuk selepas mencukur.

CARA MENGERINGKAN BADAN DENGAN BETUL
Adakah anda perlu menggunakan tuala yang berbeza untuk bahagian badan yang berlainan? Ini bukan sesuatu yang diperlukan.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kulit yang cenderung berjerawat atau sensitif, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan tuala berasingan untuk muka kerana ada kemungkinan produk yang anda gunakan pada badan anda mungkin meninggalkan sisa pada tuala badan dan anda tidak mahu sisa ini dipindahkan ke muka.
Jika anda biasa membalut rambut panjang anda dengan tuala selepas mandi, cuba tuala rambut yang menyerap air yang boleh membantu rambut anda kering lebih cepat.
JANGAN LUPA PENJAGAAN SELEPAS MANDI
Untuk mengekalkan kulit lembut dan berhidrat, sapukan losyen badan sejurus selepas mandi.
Kulit memerlukan kelembapan, tidak kira sama ada anda mempunyai kulit normal atau kering, kerana air panas boleh menghilangkan minyak dan kelembapan semulajadi kulit anda.
Tepuk-tepuk kulit anda hingga kering dan bukan menggosoknya dengan kuat menggunakan tuala anda. Kuncinya adalah untuk membiarkan kulit anda lembap - dan bukannya benar-benar kering - menyapu losyen badan pada kulit yang lembap, berbanding dengan kulit kering, membantu kulit menyerap bahan-bahan pelembap dengan lebih berkesan dan mengunci kelembapan.
Menurut Dr Kwee, kulit mempunyai kandungan air yang lebih tinggi pada permukaannya apabila ia masih sedikit lembap selepas mandi. Pelembap mewujudkan penghalang di atas kulit yang membantu "memerangkap" kelembapan permukaan ini, mencegah kehilangan air transepidermal, yang merujuk kepada kelembapan yang tersejat dari kulit.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.