Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini cara elak jadi mangsa gigitan nyamuk

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kes demam denggi semakin berleluasa. Tidak kira sama ada berada di luar atau dalam rumah, terdapat pelbagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan anda daripada digigit nyamuk. Bagaimana caranya? Ikuti saranan berikut.

Walaupun memakai pakaian yang menutupi seluruh tubuh sekalipun ia tidak bermakna anda tidak menjadi mangsa gigitan nyamuk. Terdapat banyak lagi faktor yang menjadi penyebabnya.

Menurut satu kajian, waktu yang sebaik-baiknya untuk dielakkan berada di luar seperti di taman adalah pada waktu senja. Inilah masanya apabila sang suria mula menyingsing dan tiupan angin pula mula berkurangan. Lantas, waktu ini merupakan masa yang sesuai dan memudahkan nyamuk untuk terbang bebas mencari mangsanya.

--

Rasanya pasti menjengkelkan apabila tubuh diserang dan menjadi mangsa gigitan nyamuk. Bukan saja ia akan meninggalkan kesan bintat dengan rasa yang sangat gatal, ia juga boleh membuat kulit calar akibat tidak berhenti menggaru.

Untuk mengatasi masalah ini dan elakkan diri daripada menjadi mangsa gigitan nyamuk, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan semasa berada di luar dan juga di dalam rumah.

Antaranya apabila beriadah di luar, cuba pilih lokasi yang lebih berangin kerana nyamuk akan mendapatinya sukar untuk hinggap pada tubuh apabila ditiup.


Selain itu pastikan untuk memakai pakaian yang fabriknya ditenun mampat atau padat kerana ia akan menyukarkan nyamuk untuk melekat atau hinggap pada kulit.

Apa sahaja pakaian yang melindungi kulit dari cahaya matahari dipercayai berkesan untuk mengelak gigitan nyamuk.

MANGSA NYAMUK

--
Pernah terfikir mengapa nyamuk lebih tertarik untuk gigit anda berbanding dengan orang-orang lain yang duduk bersebelahan atau ada di dalam rumah yang sama?

Pastinya anda kelihatan lebih lazat di mata nyamuk disebabkan beberapa faktor.

RONA PAKAIAN

Tahukah anda nyamuk menggunakan penglihatannya untuk mengesan kehadiran manusia dan sekaligus mencari makanan pada siang hari.

Menurut pakar entomologi yang melakukan kajian tentang serangga di Universiti Florida, mereka yang berpakaian rona hitam, biru gelap dan juga merah akan membuat nyamuk mudah untuk mengesan diri mereka.

Secara ringkas, nyamuk lebih mudah tertarik dengan mereka yang berpakaian rona gelap berbanding terang.

WANITA HAMIL

Meraka yang hamil menjadi tarikan dua kali ganda bagi kebanyakan nyamuk kerana menghembuskan anggaran 21 peratus karbon dioksida lebih banyak selain mempunyai suhu tubuh yang lebih tinggi dari biasa.

KARBON DIOKSIDA

Siapa yang sangka nyamuk mudah tertarik dengan hembusan karbon dioksida dan menggunakan organ yang digelar maxillary palp untuk mengesan udara itu dari jarak 164 kaki. Bagi orang dewasa yang banyak menghembuskan karbon dioksida ia akan menarik perhatian nyamuk dan lebih kerap digigit berbanding kanak-kanak.

DARAH JENIS 'O'

Apabila nyamuk menggigit manusia ia ingin mendapatkan protein daripada darah dan menurut kajian, serangga ini gemar manusia yang mempunyai darah jenis ‘O’.

METABOLISME

Selain karbon dioksida, tanpa disangka ramai nyamuk juga sangat tertarik kepada bau peluh dan suhu tubuh yang tinggi.

Sesetangah jenis bakteria yang hidup secara semula jadi pada kulit manusia juga boleh menaikan selera nyamuk.

HALAU NYAMUK, LEGAKAN GIGITAN

Terdapat pelbagi cara untuk mengubat bekas gigitan nyamuk yang gatal dan boleh menyebabkan kulit melecet.

Cara-cara ini dipercayai dapat melegakan gatal gigitan nyamuk yang boleh dicuba di dalam keselesaan rumah.

MADU

Bahan ini mengandungi antibakteria dan dapat mencegah masalah radang. Berkesan untuk melegakan kesan gatal pada kulit akibat gigitan serangga. Sapukan setitik madu pada kesan gigitan nyamuk dan ulang cara sehingga kesan bintat dan gagal berkurangan.

BAWANG PUTIH

Inilah antara cara mujarab untuk menangani masalah gigitan nyamuk. Bukan saja dapat hilangkan rasa gatal dan bintat, ia juga dapat menghalang gigitan dari awal.

Serangga lain termasuk nyamuk, tidak tahan dengan bau bawang putih. Bila anda digigit serangga atau nyamuk, cuba sapukan bawang putih yang telah dicincang pada bahagian yang gatal. Biarkan beberapa minit dan cuci bersih.

CECAIR NYAMUK

Juga dikenali sebagai insect repellent, ada yang mempunyai masalah alahan pada cecair penghalau nyamuk ini. Tapi, inilah antara cara yang paling berkesan jika ia digunakan dengan tepat. Caranya, semburkan sedikit pada telapak tangan dan sapukan pada bahagian siku, pergelangan tangan dan kaki, dahi selain bahagian kulit yang lain.

DAUN LIDAH BUAYA

--

Bahan asli ini didapati mempunyai banyak kebaikan untuk kulit. Selain bertindak sebagai agen antiseptic untuk melegakan kegatalan akibat gigitan nyamuk, daun ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kesan sakit, gatal dan lebam. Mudah caranya, potong sebahagian kecil daun lidah buaya dan sapukan lendirnya pada bintat.

SERBUK PENAIK

Kandungan alkali di dalam serbuk ini dapat membantu untuk mengimbangi dan mengurangkan kesan radang di sekitar gigitan dan sekaligus melegakan kegatalan. Caranya mudah, ambil satu sudu serbuk penaik dengan sedikit air dan jadika pes. Sapukan rata pada kesan gatal dan cuci bersih.

AIS
--
Suhunya yang sejuk ternyata dapat mengurangkan masalah keradangan akibat gigitan. Letakkan ketulan air dalam tuala kecil dan tuam pada bahagian yang digigit nyamuk selama 10 -15 minit.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan