Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini cara anda dapat tidur lena meski cuaca semakin panas

Panasnya, macam mana dapat tidur nyenyak? Apa kata anda ikut cara-cara ini untuk pastikan anda dapat rehat yang mencukupi...

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Cuaca sememangnya agak panas kebelakangan ini dan bahang sebelah malam pula sedikit sebanyak pastinya menganggu tidur anda.

Di bawah keadaan yang ideal, suhu tubuh anda mula menurun beberapa darjah sekitar satu hingga dua sebelum waktu tidur - dan ia terus menurun semasa anda tidur, menurut Dr Leslie Swanson, profesor madya psikiatri di Makmal Kajian Tidur dan Sirkadian di Universiti Michigan.

Dalam petikan laporan New York Times, kesan penyejukan dalam tubuh itu disebut membantu kita mencapai tahap pemulihan tidur yang lena, yang dikenali sebagai tidur gelombang perlahan.

Namun, "apabila suhu di luar panas, ia mencegah suhu tubuh kita daripada menurun dengan cepat," kata Dr Swanson kepada New York Times.

Ini bukan sahaja membuat kita lebih sukar tidur, ia juga senang membuat kita terjaga.

Walaupun sukar untuk tidur dengan keadaan sekitaran yang panas, ini antara perkara yang dapat anda lakukan untuk mendapat tidur lebih lena, seperti yang disarankan New York Times.

SEJUKKAN BILIK TIDUR ANDA

"Kita dapat tidur lebih nyenyak dalam bilik tidur yang sejuk," kata Philip Gehrman, ahli psikologi klinikal di Pusat Tidur Penn di Universiti Pennsylvania.

Beliau juga menarik perhatian bahawa "bagi sebilangan orang", apabila musim panas melanda dan mereka turunkan suhu alat hawa dingin, mereka dapat tidur lebih lena kerana mereka memastikan bilik tidur mereka yang lebih sejuk berbanding musim bunga dan luruh".

PASTIKAN PENGALIRAN UDARA YANG BAIK

Jika anda tidak ada alat penghawa dingin, gunakan kipas bagi memastikan pengaliran udara yang baik di dalam bilik anda. Ini membantu juga menyejukkan tubuh anda, kata Dr Justin Fiala, pakar perubatan tidur dan jagaan rapi pulmonari di Northwestern Medicine.

BANYAKKAN MINUM AIR

Jika anda tidak dapat mengurangkan suhu bilik anda, tubuh anda akan menggunakan kaedah lain untuk menyejukkan tubuh: Berpeluh. Pastikan anda ada air di samping katil anda bagi memastikan anda menggantikan cecair yang hilang dari tubuh anda.

GUNAKAN CADAR JENIS RINGAN

Cara terbaik untuk mengawal suhu tubuh anda adalah dengan menggunakan cadar atau selimut jenis ringan dan tipis, kata Dr Fiala. Pastikan anda mudah bergerak, jadi anda dapat mengeluarkan kaki anda untuk membantu menyejukkan tubuh.

ELAK MANDI DENGAN AIR SEJUK SEBELUM TIDUR

Air sejuk akan membantu menurunkan suhu tubuh anda, tetapi ia tidak semestinya membantu anda dapat mutu tidur yang lebih baik. Air sejuk malah boleh membuat tubuh anda terkejut, sekali gus membuat anda terjaga lebih lama lagi.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan