Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini 5 syarikat yang menjual kuih bulan halal menjelang Perayaan Kuih Bulan

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Perayaan Kuih Bulan bakal menjelang tidak lama lagi pada 10 September ini. Meskipun ia biasanya disambut masyarakat Cina, kini masyarakat lain juga berpeluang menikmati sedikit sebanyak keseronokan musim itu menerusi pelbagai jenis kuih bulan!

Malah, semakin banyak syarikat makanan juga mula membuat kuih bulan halal, sekali gus membolehkan penggemar makanan beragama Islam untuk turut membeli dan menikmatinya.

BERITAmediacorp menyenaraikan lima syarikat yang menjual kuih bulan halal untuk anda nikmati.

1. PRIMA DELI

(Gambar: Prima Deli/Facebook)

Di Prima Deli, anda dapat meneroka kek bulan berperisa unik tempatan sempena Perayaan Kuih Bulan ini.

Antara perisa tempatan yang disediakan termasuk Kuih Salat, Ondeh Ondeh dan Cendol.

Kuih bulan yang dibakar secara tradisional dan kuih bulan 'snowskin' mini juga dapat dinikmati pada harga promosi dengan potongan harga 30 peratus, sehingga 24 Ogos ini.

2. BREAD GARDEN

Antara kuih bulan yang menarik di Bread Garden termasuk perisa baru 'Charcoal Golden Emerald - Baked Skin Mooncake' dan 'Nutty Sesame Baked Skin Mooncake' serta perisa istimewanya 'Signature Premium MSW Durian Snowskin mooncake', 'Yuzu Mango Snow Skin Mooncake' dan 'Macadamia Nuts - Baked Skin Mooncake'.

Menggunakan bahan-bahan semula jadi, tiada bahan pengawet, rendah kandungan gula dan pastinya halal, kuih bulan di Bread Garden dapat diberikan sebagai hadiah atau untuk dinikmati sendiri.

Harga promosi juga dijual dengan potongan harga 18 peratus, dengan pembelian minimum S$100.

3. POLAR

Sertai arnab-arnab comel ini dalam pengembaraannya sedang ia bermain di antara Koleksi Kuih Bulan Klasik yang dibakar, yang juga dianggap sebagai 'mesti cuba' bagi mereka yang berlidah tradisional.

Dengan tepung yang yang dibakar sempurna dengan inti 'Pure' atau 'White Lotus', sebilangannya juga akan muncul sebagai kejutan dengan kuning-kuning telur!

Anda boleh menikmati harga promosi bagi pembelian awal dengan diskaun 25 peratus sehingga 28 Ogos ini.

4. MR BEAN

Raikan Perayaan Kuih Bulan dan nikmati potongan harga 10 perats apabila anda membeli barangan sempena pesta itu sebelum 21 Ogos ini.

Kuih Bulan Mr Bean diperbuat daripada tepung soya dan 100 peratus vegetarian, kecuali yang berperisa 'White Lotus with Double Yolk'.

Antara perisa yang dapat anda nikmati termasuk Mao Shan Wang (dengan beg penyejuk percuma), 'White Lotus', 'Red Bean', dan 'Assorted Nut'.

5. MDM LING BAKERY

Anda mempunyai pelbagai pilihan dengan sebanyak 18 perisa kuih bulan dan lima corak kotak di Mdm Ling Bakery, termasuk Edisi Bijak 'Monopoly Mooncake Street' yang pertama di dunia!

Nikmati potongan harga sehingga 25 peratus apabila anda membuat tempahan awal bagi Kotak-kotak Permainan Kuih Bulan mereka.

(Gambar: Bread Garden/Facebook)
Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan