Ini 5 rutin santai dan sangat berkesan untuk kuatkan otot-otot perut semasa Ramadan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexel)
KUALA LUMPUR: Bulan yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.
Inilah tempoh di mana kita lebih mendekatkan diri dengan aktiviti kerohanian dengan lebih kerap.
Dan inilah tempoh untuk kita ‘memperlahankan’ sedikit segala perkara yang mungkin tidak berapa mendatangkan faedah.
Tapi dalam masa itu tidak salah juga untuk kita terus menjaga kecergasan diri.
Cuma mungkin bentuk senaman atau cara melakukannya perlu diubah sedikit mengikut kesesuaian kerana kita sedang berpuasa.
Rencana dari MASKULIN ini berkongsi lima jenis senaman mudah untuk anda kekal sihat tapi pada masa yang sama cukup mesra untuk timbulkan 'six pack' jika dilakukan secara berjadual sepanjang Ramadan ini.
JACKNIFE SIT-UP
Latihan yang satu ini merupakan bahagian latihan dari 'sit up', namun jangan salah melakukan latihan ini cukup sulit, terutama bagi seseorang yang memiliki badan gemuk. Latihan ini sangat berkesan untuk membentuk otot perut kerana melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
- Ambil posisi berbaring
- Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh lutut
- Turunkan kembali ke posisi berbaring dan lakukan kembali gerakan ulangan ini
- Lakukan latihan ini sekitar 15 kali setiap 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan
PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tidak terlalu memerlukan banyak tenaga berbanding latihan yang lain, hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan kepada otot perut.
- Ambil posisi seperti push-up
- Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai
- Luruskan punggung
- Rasakan kontraksi pada bahagian otot perut dan fokuskan kepada otot tubuh dari beban tubuh
- Tahan sehingga beberapa minit
VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda masih baru dalam dunia kecergasan dan belum biasa melakukan latihan yang berat, maka disarankan supaya melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Namun, ia tidaklah terlalu ringan juga, kerana memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini tergolong santai untuk dilakukan kerana tidak melakukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
- Ambil posisi berbaring
- Pegang belakang kepala dengan kedua tangan
- Angkat kedua kaki ke atas lalu tahan beberapa saat.
- Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot
SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup berkesan dalam membentuk otot perut menjadi 'six pack. Terlebih lagi di saat melakukannya di tambah dengan beban tambahan.
BICYCLE MANOEUVRE
Sambil tidur pun boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil berbaring dan menghayunkannya seperti sedang melakukan mengayuh basikal.
Namun, jangan meremehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot, terutama untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Semoga dengan melakukan teknik senaman di atas ia akan dapat membantu anda untuk terus mengekalkan kecergasan dan juga bentuk badan anda.

Sumber : Agensi berita/AW/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.