Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini 5 hidangan sentuhan tempatan yang boleh anda cuba jelang Hari Kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Hari Kebangsaan Singapura yang ke-57 bakal menjelang kurang tiga minggu sahaja lagi dan tentunya, sambutan tahun ini lebih meriah dengan banyak langkah pengurusan selamat dilonggarkan.

Namun ia jelas lebih menyeronokkan jika anda dapat menikmati Hari Kebangsaan tahun ini dengan santapan hidangan bukan sahaja enak belaka tetapi yang juga dapat sama-sama meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda!

BERITAmediacorp senaraikan lima jenis hidangan dengan sentuhan tempatan yang dapat anda nikmati menjelang Hari Kebangsaan ini.

1. KFC
(Gambar: KFC Singapore)
Siapa kata sate harus selalu berlidi dan dibakar? Tahun ini, restoran ayam goreng terkenal itu muncul dengan Satay Crunch Chicken, termasuk sos kacang sekali. Menarik!

Setiap ayam juga diperap dengan ramuan kunyit khas bersama rempah-ratus lain, kemudian dicelup tepung dan digoreng. Sos sate khasnya juga sarat dengan kacang bagi menghasilkan "tekstur rangup" yang menjanjikan hidangan cukup menyelerakan.

'Satay Crunch Chicken' sudah mula dijual pada harga S$8.20 bagi hidangn ala-carte atau antara S$8.95 dengan S$39.95 bagi hidangan set.

2. PEPPER LUNCH
(Gambar: Pepper Lunch)
Dari 1 Julai hingga 14 September ini, restoran Pepper Lunch menampilkan kek 'Kueh Salat' buat pertama kalinya bagi memberikan sentuhan tradisi pada harga S$3.60 setiap potong.

Bermula 21 Julai hingga 14 September pula, ia menyediakan hidangan pinggan panas Teppan Satay, 'Satay Diced Cut Steak (Daging Australia) & Chicken Combo' (S$16.90) atau hidangan itu secara berasingan - 'Satay Diced Cut Steak (Daging Australia)' (S$17.90) atau 'Satay Chicken Steak' (S$14.90).

Sementara itu di Pepper Lunch Express pula, anda boleh menikmati 'Rendang Beef Pepper Rice' dengan telur (S$8.50) dan 'Rendang Chicken Pepper Rice' dengan telur (S$8.20) sehingga 31 Ogos ini. 'Pepper Rice Burger' (S$5.70) pula dapat dinikmati di cawangan Pepper Lunch Go!

3. SWENSEN'S
(Gambar: Swensen's Singapore)
Bersedia untuk menikmati hidangan ketam dengan sentuhan tempatan dalam aneka hidangan?

Swensen's menampilkan senarai hidangan ketam cili Singapura yang pasti dapat memenuhi permintaan para penggemar makanan laut terutamanya.

Anda boleh menikmati hidangan ketam cili dalam burger, piza, 'baked rice' atau hidangan nasi bakar, pasta dan bahkan juga, buat pertama kalinya, dalam aiskirim!

4. OLD CHANG KEE
(Gambar: Old Chang Kee/Instagram)
Sempena Hari Kebangsaan ini, Old Chang Kee menyediakan sos Ketam Cili yang digandingkan dengan Mantou Goreng hanya pada S$4 setiap cawan!

Ia juga boleh didapati di cawangan fizikal dan platform khidmat penghantaran sehingga 31 Ogos ini.

Malah anda juga pasti berselera melihat 'Flower Bread with Chilli Soft Shell Crab' yang turut dijual pada harga S$15.50, yang sesuai dikongsi antara dua orang.

5. CAROUSEL
(Gambar fail: Royal Plaza On Scotts/Instagram)
Restoran Carousel menampilkan hidangan bufet istimewa bagi jamuan tengah hari dan makan malam pada Hari Kebangsaan, 9 Ogos, lengkap dari pembuka hidangan, hidangan utama hingga ke pencuci mulut.

Antara hidangan yang menarik termasuk' Salted Egg and Plant-based Minced Meat Pizza', 'Nasi Lemak Pizza with Ikan Bilis and Roasted Peanuts', 'Braised Hokkien Noodle with Fresh Prawn in Homemade Prawn Stock', 'A1 Herbal Chi- Ku-Teh (Herbal Chicken Broth)' dan 'Traditional Beef Rendang with Desiccated Coconut'.

Malah, pencuci mulutnya juga termasuk 'Pandan Semolina Coconut Cake'. 'Ondeh-ondeh Chocolate Lollipop' serta aiskrim berperisa Bandung, Cendol dan Teh Tarik!
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan