Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini 5 cara mudah pilih buah durian berisi padat dan enak

Seperti diketahui ramai, musim durian di sini dan negara-negara jiran lazimnya antara bulan Jun dengan September.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini 5 cara mudah pilih buah durian berisi padat dan enak

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 11 Jun 2020 10:00PM Dikemas Kini : 11 Jun 2020 10:03PM

MALAYSIA: Seperti diketahui ramai, musim durian di sini dan negara-negara jiran lazimnya antara bulan Jun dengan September.

Semasa tempoh ini, ramai yang akan berebut-rebut ke kedai buah-buahan bagi mendapatkan buah musim kegemaran mereka.

Namun, ramai juga yang selalu ditipu ketika membeli durian. Setibanya di rumah, ada yang berasa hampa dek rasa durian yang tidak serupa yang diharapkan atau pun bilangan ulas yang sedikit, menurut rencana SinarPlus.

Justeru itu, sebelum anda mula bergegas untuk membeli durian, baca rencana ini dahulu bagi tips memilih durian supaya tidak kerugian lagi!

1. Jangan hanya lihat pada warna

Abaikan sahaja memilih buah durian berdasarkan warna kulitnya. Ini kerana warna durian tidak mempengaruhi kelazatan isinya.

Terdapat tiga warna buah durian yang biasa ditemui iaitu hijau, kuning dan coklat.

Mungkin ada yang bertanggapan bahawa durian berkulit hijau mengandungi isi yang belum matang manakala durian berkulit coklat mempunyai isi yang sudah betul-betul matang.

Namun sebenarnya, warna kulit durian tidak mempengaruhi mutu mahupun isi buah tersebut.

Jangan terkejut kerana ada durian yang meskipun berkulit hijau, namun ia memiliki isi yang sudah matang dan berasa manis.

2. Pilih durian yang berbentuk bulat

Pernahkah anda memerhatikan bentuk buah durian yang dijual sebelum anda membelinya?

Jika diperhatikan, tidak semua durian yang berbentuk bulat. Malah ada juga buah durian yang berbentuk lonjong.

Akan tetapi, jika niat di hati ingin mendapatkan buah durian yang berisi kuning dengan jumlah ulas durian yang banyak, pilihlah durian yang berbentuk bulat, menurut rencana SinarPlus.

Menurut para penjual durian, buah durian yang berbentuk lonjong memiliki isi yang lebih sedikit berbanding yang berbentuk bulat.

3. Pilih durian bertangkai tebal dan pendek

Selain itu, anda juga harus lihat pada tangkai buah durian yang dipilih.

Kebanyakan pembeli memilih buah durian berdasarkan warna, ukuran dan baunya sahaja.

Namun sebenarnya, tangkai buah durian dapat menentukan jika isi buah itu padat dan banyak.

Durian yang bertangkai tebal dan pendek mempunyai isi yang banyak dan tebal.

Durian yang bertangkai tipis dan panjang pula mempunyai isi yang sedikit dan tidak terlalu tebal.

4. Jangan beli durian yang sudah merekah atau terbuka

Ramai pembeli yang membuat kesilapan membeli durian yang sudah terbuka kulitnya kerana bertanggapan bahawa ini memudahkan mereka untuk melihat warna isinya.

Mungkin anda akan mendapat durian berwarna kuning jika membeli buah yang kulitnya sudah terbuka, namun hakikatnya adalah rasa buah tersebut tidak semanis buah durian yang kulitnya masih tertutup rapat.

Apabila kulit durian sudah terbuka, buah di dalamnya akan terdedah kepada angin secara berterusan.

Hal demikian boleh menyebabkan buah durian berasa hambar.

Sebaiknya, pertimbangkan untuk membeli durian yang kulitnya masih tertutup rapat.

5. Pertimbangkan memilih durian yang ringan

Ramai mempunyai tanggapan bahawa semakin berat buah durian itu, semakin banyak isinya bukan?

Namun, tanggapan itu menimbulkan satu risiko. Lebih berat buah durian itu, lebih mahal harganya.

Malangnya, jika tersilap membuat pilihan dan terbeli durian yang rosak sepenuhnya, anda hanya mampu menggigit jari sahaja.

Oleh itu, menukil rencana SinarPlus, cara memilih durian yang betul adalah dengan memilih buah durian yang ringan kerana semakin berat buah itu, semakin besarlah biji buahnya.

Semakin besar biji buah durian itu, tentu sahaja isi buahnya akan menjadi lebih tipis.

Justeru, jika ingin mendapatkan buah durian dengan isi yang banyak, carilah buah durian yang paling ringan. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan