Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini 5 acara besar-besaran amat menarik dikunjungi seisi keluarga Jun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Ini 5 acara besar-besaran amat menarik dikunjungi seisi keluarga Jun ini

(Gambar: Taman di Pesisiran/Facebook)

SINGAPURA: Dengan musim cuti sekolah yang sedang berlangsung sekarang, ibu bapa yang tidak ke luar negara pasti mencari-cari idea untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak mereka.

Malah, bukan kanak-kanak sahaja, ibu bapa dan belia juga boleh ke pelbagai acara di Singapura bagi santapan mata, mulut dan telinga.

Dengan bermacam-macam acara bagi pelbagai peringkat usia di Singapura sempena bulan Jun ini, anda pasti tidak berasa bosan walaupun tidak ke luar negara.

BERITAmediacorp bawakan lima acara besar-besaran yang dapat anda kunjungi sempena bulan Jun ini.

1. GASTROBEATS

gastro
(Gambar: Choo Yut Shing / Flickr)

Acara besar-besaran bersebelahan Marina Bay Sands ini pasti memikat penggemar makanan, muzik dan juga si cilik. Bukan sahaja digelar "Taman Permainan Gaya Hidup Bandar Singapura", GastroBeats juga menyajikan persembahan-persembahan secara langsung oleh anak-anak muda serta makanan dari personaliti-personaliti kulinari tempatan dan antarabangsa.

Usah risau, pelbagai makanan halal juga akan dijual termasuk Haig Road Putu Piring, Nasi Lemak Ayam Taliwang, Kueh Ho Jiak, Tiga Folks, Rancho Meats, Ah Lim Nasi Lemak dan You Tiao Man.

Rumah istana belon atau 'bouncy castle' juga disediakan bagi kanak-kanak dan dewasa!

Tarikh: 3 - 26 Jun 2022
Masa: 4.00 petang - 10.30 malam
Tempat: Ruang Acara Bayfront
Tiket: $9 (Acara GastroBeats)/ $20.50 bagi Jumptopia @GastroBeats (termasuk tiket masuk)

2. TWILIGHT: Flea & Feast

 

twilight
(Gambar Hiasan: Sumber Web)

Jika anda mahu mencuci mata semasa membeli-belah sambil menikmati hidangan makanan dalam keadaan yang selesa, berhawa dingin dan moden, inilah tempatnya!

TWILIGHT: Flea & Feast kembali sekali lagi menyusuli sambutan memberangsangkan April lalu semasa bulan Ramadan.

Diinspirasikan oleh pasar-pasar penjaja dari Australia, TWILIGHT: Flea & Feast bertujuan membawa makanan jalanan yang enak-enak ke satu dewan.

Tarikh: 17 - 19 Jun 2022
Tempat: Dewan 403 & 404, Pusat Konvensyen Suntec City

3. PESTA KANAK-KANAK

childrens festival
(Gambar: Taman di Pesisiran)

Belon udara panas bakal mendarat di Taman di Pesisiran!

Sertai 'Bell the Bear ' bagi menyambut Rakan-Rakan Kiztopia yang baru sahaja pulang dari jelajah mereka dari luar negara untuk mendengar perkongsian dan memori indah mereka - lengkap dengan buku aktiviti percuma dan pelekat-pelekat eksklusif!

Bagi si cilik yang mahu beriadah di luar, anda boleh ke 'Tiger's Sports Arena' yang menampilkan pelbagai permainan karnival seperti bola keranjang, besball dan sebagainya.

Anda juga boleh ke Happy's Craft World bagi lebih banyak keseronokan!

Tarikh: 28 Mei - 19 Jun 2022
Masa: 10.00 pagi - 7.00 malam
Tempat: Supertree Grove, Taman di Pesisiran
Tiket: Percuma (kemasukan ke Supertree Grove)/ $8 (Happy's Craft World) / $18 (Tiger’s Sports Arena)

4. TAMPINES 3065

OTH
(Gambar: Hab Tampines Kita/Facebook)

Hidupkan semula keseronokan belajar, penerokaan dan imaginasi anda bagi sukan, seni, inovasi dan kesejahteraan di Pesta Hab Tampines Kita pada tahun 3065!

Inilah tempatnya bagi kegiatan karnival bagi seisi keluarga dengan tema cereka sains.

Anda dan anak-anak anda pasti berasa seronok dengan pelbagai jenis kegiatan, pameran sains dan rumah istana belon!

Tarikh: 28 Mei - 12 Jun 2022
Tempat: Hab Tampines Kita (OTH)
Tiket: Percuma

5. HALAL 2022 - FOOD.LIFESTYLE

halal 2022
(Gambar: MegaXpress International/Facebook)

Acara besar-besaran anjuran MegaXpress International kini kembali ke Singapore Expo selepas dua tahun menyepi dari dewan tersebut.

Antara pegerai yang dapat anda temui termasuk Pak Din Ayam Bakar, Ubaid's Kitchen, Seem Noor Batek dan Qurban SG.

Ini masanya untuk anda kembali membeli-belah di acara besar-besaran di Singapore Expo seperti musim sebelum pandemik!

Tarikh: 17 - 19 Jun 2022
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Dewan 6A Singapore Expo
Tiket: Percuma

Sumber : BERITA Mediacorp/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa