Ini 4 perkara pakar mata mahu anda tahu
(Gambar: Matt Chase/The New York Times)
AMERIKA SYARIKAT: Untuk memastikan mata anda dijaga dengan sebaik mungkin, berikut adalah perkara penting yang pakar mata mahu anda tahu:
MATA BOLEH TERKENA SELARAN MATAHARI
Jika mata terdedah kepada cahaya UV terlalu lama, anda boleh terkena photokeratitis atau "mata terkena selaran matahari". Menurut Dr Vincent K Young, ia boleh menyebabkan mata merah, sakit, dan sensitif. Pakar menasihatkan agar anda memakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan UVA dan UVB apabila berada di tempat yang sangat cerah seperti di pantai.
JANGAN PAKAI KENTA LEKAP SEMASA TIDUR
Semasa tidur, mata menghasilkan kurang air mata dan oksigen. Dr Ansari menjelaskan bahawa kanta lekap boleh menjadi kering dan melekat pada kornea mata. Apabila kanta dicabut, ia boleh merosakkan lapisan mata dan menyebabkan jangkitan. Jadi, pastikan anda menanggalkan kanta lekap setiap malam.
TATAP SKRIN BOLEH KERINGKAN MATA
Biasanya kita berkelip kira-kira 15 kali seminit untuk melembapkan mata. Namun, semasa melihat skrin telefon atau komputer, kadar kelipan kita berkurang separuh. Pakar mencadangkan peraturan 20-20-20: Setiap 20 minit, lihat sesuatu yang jaraknya 20 kaki (kira-kira 6 meter) selama 20 saat untuk mengurangkan keletihan mata.
PEMERIKSAAN MATA BOLEH KESAN PENYAKIT LAIN
Selain memeriksa kesihatan mata, ujian mata juga boleh mengesan penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung. Pakar mengesyorkan orang dewasa membuat pemeriksaan mata bermula umur 40 tahun, dan kemudian melakukannya setiap satu hingga empat tahun sekali mengikut keperluan usia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.