Skip to main content

Gaya Hidup

Ini 20 panduan kulit cantik dan sihat pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tanpa disedari, ramai wanita sering melakukan kesilapan dalam penjagaan kecantikan kulit sama ada sengaja ataupun tidak.

Jika anda terdiri dalam golongan ini, apa kata ambil kesempatan pada tahun baru ini untuk buang segala tabiat buruk dengan memulakan amalan dan pendekatan yang lebih sihat.

Tanya pada diri anda apakah kesilapan kecantikan yang sering dilakukan atau terlepas pandang dan bagaimana rutin penjagaan kulit anda boleh diperbaiki?

Untuk memudahkan anda membuat perubahan dalam rutin penjagaan kulit dan kecantikan seharian, cuba 20 tip berikut.

Yang penting anda berusaha dan hasilnya pasti jelas bergantung kepada pilihan produk dan jenis kulit masing-masing. Selamat mencuba!
Related article image
Gambar: Pexels
1. Tidur tiarap

Jika anda jenis yang suka tidur dengan cara ini, ia tidak elok kerana boleh memberi kesan kepada kulit wajah.

Tidur posisi ini dipercayai akan menambahkan lagi kesan garisan halus pada wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kedut sebelum tiba masanya dan sukar untuk dihapuskan.

2. Tidak cukup tidur

Apabila anda anda tidak mengambil berat tentang kesihatan atau kecantikan ia akan jelas terpampang pada wajah. Contohnya, apabila tidur tidak cukup ia akan menjejas kulit wajah membuatnya kusam, kering dan tidak bermaya.
Related article image
Gambar: Pexels
3. Tidur dengan muka belum dibersihkan daripada solekan

Lebih kerap anda tidur dengan wajah yang masih bersolek, lebih banyak kerosakkan yang akan anda lakukan pada kulit wajah. Tidur memberikan peluang kepada kulit untuk berehat tetapi jika masih terdapat bedak asas yang menghalang, kulit boleh menjadi rosak.
Related article image
Gambar: Pexels
4. Tidak peka jenis kulit

Elak daripada menggunakan produk kecantikan contohnya - pembersih, penyegar dan pelembap mengikut trend atau mengikut kawan. Sebaik-baiknya anda perlu meneliti dulu jenis kulit anda dengan membuat analisis kulit dengan pakar seperti ahli dermatologi. Selepas itu baru boleh pilih produk yang bersesuaian dengan kulit.

5. Sapu krim tabir suria bawah mata

Tahukah anda kulit di bawah mata merupakan kulit paling nipis dan sensitif yang perlu dijaga dengan sempurna. Menyapu krim tabir suria berhampiran dengan mata boleh mengundang pedih atau memberi kesan peluh. Pastikan untuk memilih krim tabir suria yang lembut dan bebas pewangi.
Related article image
Gambar: Pexels
6. Produk tamat tarikh luput

Selalunya produk kecantikan dapat bertahan anggaran sehingga tiga tahun. Lebih daripada itu, kandungannya akan menjadi tidak berkesan. Jika anda masih menyimpan produk yang sudah tamat tarikh luputnya, pastikan untuk buang sahaja dan beli yang baru. Jangan sayang-sayang produk kerana ia akan menjejas kesihatan kulit anda.
Related article image
Gambar: Pexels
7. Cuci muka dengan air hangat

Mandi atau bilas wajah dengan air panas, boleh menyingkirkan minyak semula jadi di bawah kulit. Elakkan wajah terkena air panas. Sebaik-baiknya bilas dengan air sejuk atau suam.

8. Pilihan pembersih muka yang salah

Kulit pernah terasa tegang sebaik sahaja selepas membersihkannya? Jika ya, kemungkinan anda menggunakan pembersih yang salah. Ia akan mengeringkan dan menghilangkan kelembapan semula jadi yang ada pada kulit. Gunakan pembersih kulit yang menepati jenis kulit anda seperti kering, berminyak, sensitif atau kombinasi.
Related article image
Gambar: Pexels
9. Pelembap berasaskan minyak mineral

Pelembap jenis ini didapati baik untuk kulit dan tidak menghidratkan kulit. Lebih baik jika produk yang digunakan dirumus dengan bahan hyaluronic acid atau ceramides yang akan menyerap lembapan bawah kulit.

10. Terlalu kerap membersihkan muka

Dalam sehari cukup hanya membersihkan wajah pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur. Tidak perlu mencuci muka lebih daripada dua kali kecuali jika benar-benar perlu atas sebab-sebab lain.
Related article image
Gambar: Pexels
11. Periksa kandungan produk

Tidak ramai yang akan meneliti terlebih dahulu produk yang ingin dibeli. Seringkali, ramai yang tertarik pada iklan atau mengikut teman-teman selain terpengaruh dengan promosi yang ditawarkan. Penting untuk memahami dan meneliti bahan dalam sesuatu produk secara mendalam untuk elakkan kerosakkan kulit yang tidak diingini.

12. Sapu pelembap tidak seimbang

Menyapu terlalu banyak pelembap atau terlalu sedikit dan jika tidak memakai langsung akan memberikan kesan kurang sihat pada kulit.

Kulit boleh serap kelembapan pada kadar tertentu sahaja. Jika terlebih ia akan tinggal di atas kulit dan inilah punca kulit dan pori tersumbat. Oleh itu, pastikan untuk sapu pelembap secara seimbang pada kulit.
Related article image
Gambar: Pexels
13. Rawat kulit berjerawat

Seringkali kulit berjerawat akan menjejas keyakinan diri. Untuk menghilangkan jerawat ramai yang akan menggunakan krim jerawat. Ternyata ia dapat memberi kesan yang baik, tapi jika terlalu banyak menggunakannya ia juga akan menyebabkan kulit rosak.

14. Elak memegang wajah kulit

Ramai yang gemar memegang dan memicit kulit wajah. Tabiat ini tidak digalakkan, lebih-lebih lagi dengan tangan yang belum dicuci. Tahukah anda berjuta-juta kuman, bakteria yang terdapat pada tangan akan mengalih kepada kulit muka dan menjadi punca jerawat.
Related article image
Gambar: Pexels
15. Bersihkan kulit tanpa tanggalkan solekan

Tidak semua sabun pencuci muka berupaya menanggalkan solekan. Oleh itu, pastikan untuk mencuci solekan dengan cecair pembersih. Pastikan kulit bebas daripada kesan solekan sebelum membersihkan kulit dengan pencuci muka.

16. Bersenam dengan solekan

Bersenam dalam keadaan bedak asas masih menutupi kulit wajah akan menggalakkan pori-pori tersumbat dan iritasi. Mengelap kulit dengan tuala pada kulit berpeluh dan ditambah pula dengan solekan akan mengakibatkan keadaan lebih teruk.

17. Elak bersihkan wajah

Sebelum bersyampu
Ramai yang terlepas pandang bahan yang ada dalam syampu dan perapi akan menyebabkan kulit tersumbat. Cuba perhatikan adakalanya terdapat tumbuhan jerawat di atas garisan rambut, tepi wajah atau leher. Cuba tukar rutin dengan bersyampu dan gunakan perapi terlebih dahulu sebelum membersihkan wajah.
Related article image
Gambar: Pexels
18. Sarung bantal kotor

Semasa tidur kita akan berpeluh. Bantal yang digunakan jika tidak kerap dicuci akan mengundang bakteria. Apabila kulit wajah terkena sarung bantal, ia akan membuat bakteria berpindah ke atas kulit. Oleh itu, cuba gantikan sarung bantal yang digunakan seminggu sekali.
 
Related article image
Gambar: Pexels
19. Produk antipenuaan

Elak menggunakan produk antipenuaan terlalu awal. Apabila usia sudah meningkat 25 tahun ke atas barulah boleh mengambil langkah awal mengekalkan keremajaan kulit dengan mengamalkan produk anti penuaan ini.
Related article image
Gambar: Pexels
20. Eksfoliasi keterlaluan

Melakukan proses ini memang baik untuk menyingkirkan sel kulit mati pada kulit. Namun jika melakukannya secara berlebihan dan keterlaluan, ia akan menyebabkan kelembapan semula jadi kulit tersingkir dengan sendirinya. Sebaliknya lakukan eksfoliasi paling kurang seminggu sekali dan sapukan kulit dengan krim pelembap.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita