Ini 10 tips jaga keselamatan urus niaga perbankan online
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pexel)
MALAYSIA: Kaedah urus niaga perbankan online menjadi pilihan terutama apabila ingin membuat tempahan awal ketika ingin bercuti bersama keluarga melibatkan penginapan, tiket kapal terbang dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang lebih gemar membeli kelengkapan persekolahan secara online kerana tidak perlu bersesak-sesak malah menjimatkan masa.
Sekalipun demikian, menjalankan urus niaga perbankan online memerlukan pertimbangan beberapa langkah keselamatan agar tidak terpengaruh dengan manipulasi penipu yang semakin berleluasa hari ini, lapor Sinar Bestari.
Ini 10 panduan keselamatan urus niaga perbankan online:
1. Rahsiakan nama pengguna, kata laluan dan digalakkan mengubah kata laluan setiap enam bulan.
2. Guna komputer atau peranti yang dilengkapi perlindungan antivirus yang sentiasa dikemas kini.
3. Segera log keluar setelah anda selesai menjalankan urus niaga online.
4. Kosongkan cache, cookies dan sejarah pelayar internet setelah selesai menjalan urusan perbankan.
5. Jangan sesekali klik atau buka sebarang emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pautan media sosial yang mencurigakan untuk mengelak serangan 'phising' atau pemancingan data.
6. Jangan tinggalkan komputer anda tanpa pengawasan apabila sedang melakukan urus niaga online.
7. Sentiasa periksa baki atau penyata akaun untuk memastikan tiada pengeluaran tanpa sah.
8. Membenarkan pengesahan pelbagai faktor bagi perlindungan tambahan.
9. Jangan melakukan perbankan online menggunakan Wi-Fi awam.
10. Jika akuan bank anda dikompromi, bertindak pantas dan laporkan kepada pihak bank atau hubungi pihak berkuasa.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.