Ingin tahu pengalaman perintis penyiaran di Caldecott Hill?
Detik-detik penting dalam sejarah industri media tempatan dibukukan para perintis stesen penyiaran Caldecott Hill.
SINGAPURA: Detik-detik penting dalam sejarah industri media tempatan dibukukan para perintis stesen penyiaran Caldecott Hill.
Diberi nama "Called On Air: Untold Stories from Caldecot Hill", buku itu akan dijual lewat bulan ini.
Dari penubuhan British Malayan Broadcasting Corporation pada 1936 kepada Radio and Television Singapore dan kemudian Singapore Broadcasting Corporation (SBC) dan akhir sekali Mediacorp.
Buku itu menampilkan 51 karangan yang menceritakan pengalaman mereka yang bekerja dalam bidang penyiaran sejak tahun-tahun awal lagi.
Terdapat juga gambar-gambar berdekad lamanya yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan.
Ia berharap dapat dijadikan sebagai satu peringatan terhadap detik-detik penting di Singapura dan pelajaran yang boleh digarap.
Orang ramai boleh membeli buku ini pada harga S$37 lewat bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.