Ingin menginap dalam gerabak kereta api? Hotel terbaharu Tiny Pod ini akan dibuka di one-north pada Sept
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Tiny Pod)
SINGAPURA: Sebuah gerabak kereta api SMRT yang telah ditamatkan perkhidmatannya akan diubah menjadi sebuah hotel butik.
Dibangunkan oleh syarikat pemula tempatan Tiny Pod, dengan sokongan JTC Corporation, ia akan menjadi hotel kereta api pertama seumpamanya di Singapura, menurut Tiny Pod dan JTC dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (11 Apr).
Kerja-kerja ubah elok untuk hotel kereta api yang menawarkan sebanyak lapan bilik itu, akan ditempatkan di LaunchPad @ one-north, bermula pada bulan Mac.
Dan pada bulan September pula, ia akan beroperasi sepenuhnya dan ditempatkan di tempat letak kereta di sebelah Blok 69 Ayer Rajah Crescent.

Para tetamu boleh menjangkakan bilik mandi dalam setiap bilik, serta panel LCD yang dipasang di dalam kompartmen pemandu untuk menggambarkan rakaman sebenar perjalanan kereta api yang melalui terowong.
Ruang hijau bagi rekreasi awam, yang akan dilengkapi dengan mesin-mesin layan diri, rak basikal dan kerusi kereta api yang digunakan semula sebagai bangku awam, juga akan dibangunkan di sebelah hotel kereta api itu.
Selain itu, para tetamu hotel boleh berehat dengan tenang kerana Tiny Pod bekerjasama dengan syarikat pemula tempatan lain, Igloo Home, untuk menyediakan sistem kunci bijak.

"Dalam pasaran hari ini, di mana pengguna mengutamakan pilihan-pilihan yang mesra alam, hotel seperti ini muncul sebagai pilihan yang menarik dan berbaloi. Usaha kami mengambil kesempatan daripada trend ini membuktikan gabungan keuntungan dan kemampanan," kata Seah Liang Chiang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tiny Pod Pte Ltd.
Projek kereta api Tiny Pod adalah lanjutan kepada hotel kontena mereka di LaunchPad @ one-north, yang dilancarkan pada 2020 dan diperluaskan ke ruang-ruang lain di kawasan bandar dan tempat-tempat awam di Taman Di Pesisiran dan Haw Par Villa.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.