Skip to main content

Gaya Hidup

IMDA, TikTok lancar program mikrodrama bagi karyawan media SG

Bagaimanakah pencerita memastikan penonton terus terpikat dengan episod yang hanya berdurasi selama beberapa minit?

Anggaran Waktu Membaca:
IMDA, TikTok lancar program mikrodrama bagi karyawan media SG

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) Singapura dan TikTok Singapore bekerjasama dalam memperkenalkan satu program baharu bagi karyawan media tempatan, yang digelar Program Mikrodrama IMDA-TikTok. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2026 03:14PM
IMDA, TikTok launch microdrama programme for Singapore media professionals
  • Singapore’s IMDA and TikTok Singapore announced the IMDA-TikTok Microdrama Programme on Oct 1 to help local media professionals master the short-form video format.
  • This initiative, part of IMDA’s Digital Content and Capability Development programme, will start with participants from 20 accredited companies.
  • Over six to nine months, participants will develop microdramas spanning 50 to 100 episodes through either a live-action track or an AI-driven animation track.
  • The programme will also teach commercial strategies, cliffhanger endings and monetisation so that content with Singapore characteristics can reach global audiences through TikTok.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Bagaimanakah pencerita memastikan penonton terus terpikat dengan episod yang hanya berdurasi selama beberapa minit?

Itulah peluang yang ingin diteroka menerusi Program Mikrodrama IMDA-TikTok yang baharu, satu inisiatif bersama antara Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) Singapura dan TikTok Singapore yang diumumkan pada Khamis (1 Okt), bagi membantu para karyawan media tempatan membina kepakaran dalam salah satu format yang paling pesat berkembang dalam industri.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program Pembangunan Kandungan dan Keupayaan Digital IMDA yang dilancarkan awal tahun ini.

APA ITU MIKRODRAMA?

Mikrodrama pada asasnya merupakan kisah-kisah yang dihasilkan untuk era telefon bijak: episod pendek yang biasanya ditonton dalam format menegak, dengan watak yang kuat, unsur emosi dan pengakhiran tergantung yang membuatkan para penonton terus kembali untuk mengikuti episod seterusnya.

Pasaran global bagi mikrodrama dan kandungan video menegak pendek lain diunjurkan menjana pendapatan sebanyak AS$150 bilion (S$191.53 bilion) tahun ini, menurut perangkaan yang dipetik IMDA dan TikTok.

Di Singapura, 87 peratus penduduk berusia 15 tahun dan ke atas mengakses platform video media sosial utama seperti TikTok, Instagram, YouTube dan Facebook setiap minggu.

Program tersebut bertujuan membantu para karyawan media membangunkan cerita – serta strategi komersial – bagi format kandungan pendek.

Pelaksanaan pertama program itu akan memberi manfaat kepada para karyawan media daripada 20 syarikat bertauliah, dengan kemungkinan diperluaskan kepada lebih ramai peserta dalam edisi akan datang.

Sepanjang enam hingga sembilan bulan, para peserta akan mempelajari cara mengembangkan idea kreatif daripada peringkat konsep hingga ke pasaran, selain membangunkan dan menghasilkan mikrodrama yang terdiri daripada 50 hingga 100 episod, dengan setiap episod berdurasi antara satu hingga tiga minit.

Para peserta akan memilih antara dua laluan penerbitan. Laluan aksi langsung memberi tumpuan kepada kandungan yang dirakam menggunakan pelakon, lokasi dan set untuk tontonan menerusi peranti mudah alih, dengan latihan dalam bidang seperti reka bentuk rakaman dan komposisi. Unsur yang dijana atau dibantu kecerdasan buatan (AI) juga boleh digunakan dalam proses penerbitan.

Laluan kedua memberi tumpuan kepada animasi berteraskan AI dalam format seperti anime dan penceritaan menggunakan gaya komik. Ini termasuk kejuruteraan arahan (prompt engineering), mengekalkan konsistensi watak, menilai mutu kesan visual (VFX) serta menggunakan Seedance 2.5, platform penjanaan video AI milik ByteDance.

Selain aspek penerbitan, para peserta akan mempelajari cara untuk menghasilkan pengakhiran tergantung, strategi kandungan berbayar dan kaedah untuk menjana pendapatan daripada penonton. Program tersebut juga bertujuan membantu para peserta membangunkan harta intelek asli yang berteraskan budaya dan perspektif Singapura.

Para peserta juga akan diperkenalkan kepada ekosistem kandungan TikTok yang lebih luas, sekali gus memberi mereka akses kepada keseluruhan proses kandungan – daripada penyampaian dan pengedaran hingga pelibatan penonton.

Mereka juga akan menerima khidmat perundingan khusus bagi membantu kisah yang dihasilkan di Singapura menembusi pasaran global.

Penolong Ketua Eksekutif Kumpulan Industri Media IMDA, Yvonne Tang, berkata kerjasama tersebut akan melengkapkan para karyawan media Singapura dengan kemahiran untuk menghasilkan mikrodrama buatan Singapura yang menarik bagi penonton global, sambil memanfaatkan teknologi baharu dengan tahap ketelitian dan kemahiran yang sama seperti dalam karya kreatif lain.

Tambah beliau, jangkauan dan cerapan TikTok juga dapat membantu bakat dan syarikat tempatan merebut peluang menerusi platform global.

Ketua Dasar Awam TikTok bagi Singapura dan ASEAN, Candera Chan, berkata gabungan bakat kreatif Singapura dengan jangkauan global serta kepakaran TikTok dalam penceritaan kandungan pendek boleh membantu kandungan buatan Singapura menjangkau penonton di seluruh dunia.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita