Ikut langkah ini untuk kurangkan batuk selepas makan limau mandarin
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexel)
KUALA LUMPUR: Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin. Begitu juga kanak-kanak.
Namun bila terlebih makan, mulalah kanak-kanak batuk dan sakit tekak. Benarkah limau mandarin boleh menyebabkan batuk dan sakit tekak?
Benar, kulit limau mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).
Bahan kimia SO2 itu digunakan sebagai pengawet pada buah limau mandarin, bertujuan untuk mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat, lapor Astro Awani.
Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 miligram/kilogram) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam jumlah yang sedikit pada kulit limau tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detoks secara semulajadi.
Ia selamat, sebab itu ia dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Terdapat individu yang sangat sensitif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Menurut laporan Astro Awani, biasanya penggunaan bahan kimia SO2 tidak dilabel pada kotak limau mandarin.
CUCI SEBELUM MAKAN
Cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci buah limau mandarin terlebih dahulu dengan air sebelum dimakan.
Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
Merendamnya kira-kira 10 minit, dengan air garam/soda penaik diikuti dengan bilasan air bukan sahaja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus sahaja limau mandarin.
Ingat, apa-apa pun yang diambil dalam kadar berlebihan boleh membawa mudarat!

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.