Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

IKEA tarik balik cawan akibat kebimbangan kimia

Peruncit perabot Sweden IKEA menarik balik cawan model Troligtvis atas kebimbangan produk itu mungkin mengeluarkan kimia yang belebihan.

Anggaran Waktu Membaca:
IKEA tarik balik cawan akibat kebimbangan kimia

(Gambar: IKEA)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 05:56PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 12:13AM

SINGAPURA: Peruncit perabot Sweden IKEA menarik balik cawan model Troligtvis atas kebimbangan produk itu mungkin mengeluarkan kimia yang berlebihan.

Syarikat tersebut menggesa pelanggan yang sudah membeli cawan Toligtvis itu dengan tanda "Buatan India" untuk berhenti menggunakan cawan tersebut dan mengembalikannya ke mana-mana kedai IKEA untuk mendapat bayaran semula.

Mereka juga tidak perlu menunjukkan bukti pembelian, seperti resit.

Semua pasaran IKEA terjejas, kecuali Amerika Syarikat, Kanada dan Republic Dominica, menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media pada Rabu (15 Jan).

Produk versi kuning air (beige) sudah dijual di Singapura sejak Ogos 2019, manakala yang berwarna hijau, merah jambu dan biru mula dijual pada Oktober 2019.

"IKEA amat mengambil berat keselamatan produk," menurut kenyataan itu.

"IKEA baru-baru ini mendapat laporan ujian yang menunjukkan cawan itu boleh mengeluarkan dibutyl phthalate (DBP) melebihi had yang dibenarkan," tambahnya.

Kimia itu lazim digunakan sebagai bahan tambahan pada plastik dan juga pelekat atau dakwat cetak.

IKEA menyatakan pihaknya sudah melarang penggunaan phthalate dalam produk yang digunakan untuk makanan sejak "bertahun-tahun yang lalu".

"Siasatan mendapati cawan yang ditandakan Dibuat di India mungkin terjejas dan IKEA sedang menarik balik cawan-cawan ini meskipun risiko kesan negatif serta-merta atas kesihatan adalah sangat rendah," menurut syarikat itu.

"IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan akibat penarikan balik ini."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan