Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

IKEA jual kemeja-T dan jaket 'hoodie' bermula 10 Dis

Anda mungkin sudah memiliki perabot-perabot IKEA di rumah. Anda juga mungkin sudah membawa beg biru IKEA yang ikonik ke mana saja anda pergi. 

Anggaran Waktu Membaca:
IKEA jual kemeja-T dan jaket 'hoodie' bermula 10 Dis

Koleksi kapsul Eftertrada IKEA mula berada di pasaran pada 10 Dis dan boleh dibeli secara online pada 17 Dis. (Gambar: IKEA)

Diterbitkan : 02 Dec 2020 08:34PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 09:18PM

SINGAPURA: Anda mungkin sudah memiliki perabot-perabot IKEA di rumah. Anda juga mungkin sudah membawa beg biru IKEA yang ikonik ke mana saja anda pergi.

Kini, anda boleh menambah koleksi produk IKEA yang anda miliki dengan mendapatkan pula koleksi pakaian yang akan dilancarkan gedung itu buat pertama kalinya tidak lama lagi.

IKEA Singapura akan melancarkan kapsul Eftertrada yang meliputi kemeja-T, jaket 'hoodie', tuala mandi serta botol air. Kesemua koleksi ini berwarna putih dan menonjolkan logo biru dan kuning IKEA serta reka bentuk kod palang yang anda biasa lihat tertampal di atas perabot-perabotnya.

Koleksi Eftertrada IKEA meliputi kemeja-T, jaket 'hoodie' dan tuala mandi. (Gambar: IKEA)

(Gambar: IKEA)

Koleksi terhad ini mula berada di pasaran pada 10 Dis nanti dan boleh dibeli secara online seminggu kemudian, pada 17 Dis.

Harga bermula dari S$3.90. Namun, anda hanya boleh mendapatkan koleksi ini di pasaran selagi stok masih ada.

Tahun lalu, orang ramai beratur satu malam sebelum pengeluaran koleksi yang sangat dinanti-nantikan oleh pereka fesyen Virgil Abloh. Jadi bagi koleksi kapsul Eftertrada tahun ini, jangan tunggu lama-lama untuk buat keputusan jika anda peminat tegar IKEA. Jika tidak, mungkin habis dijual.

Kapsul Eftertrada, yang bermakna "pengganti" dalam bahasa Sweden, dihasilkan oleh IKEA Jepun dalam satu kolaborasi bersama IKEA Sweden. Ia dikatakan mendapat inspirasi daripada orang-orang Tokyo.

Barang-barang lain yang boleh didapati termasuk kemeja-T kanak-kanak, gelang kunci, payung, dan beg 'tote'. Namun, masih belum pasti produk mana yang boleh anda dapatkan di Singapura.

Untuk perincian selanjutnya, sila periksa laman ini.  

Sumber : CNA/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan