IKEA buka cawangan baru di Jem tahun depan
Syarikat perabot gergasi Sweden IKEA hari ini (11 Mei) mengumumkan ia akan membuka cawangan baru di Jem tahun depan. Konsep cawangan itu lebih kecil dari biasa - yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
IKEA akan dibuka di Jem pada 2021. (Gambar: IKEA)
SINGAPURA: Syarikat perabot gergasi Sweden IKEA hari ini (11 Mei) mengumumkan ia akan membuka cawangan baru di Jem tahun depan. Konsep cawangan itu lebih kecil dari biasa - yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
Dengan pembukaan cawangan tersebut pada 2021, ada tiga kedai IKEA keseluruhannya di Singapura. Dua cawangan lain terletak di Tampines dan Alexandra.
Seluas 6,500 meter persegi, cawangan terbaru IKEA akan meliputi tiga tingkat pusat beli-belah Jem.
Seorang jurucakap dari Landlease, tuan punya pusat beli-belah tersebut, memberitahu Mediacorp bahawa IKEA menggantikan Robinsons yang akan menutup cawangannya di Jem menjelang lewat Ogos.
Menurut Encik Jaap Doornbos, Pengarah Runcit IKEA bagi Singapura dan Vietnam, cawangan di Jem itu merupakan yang pertama seumpamanya di rantau ini, disediakan sebagai konsep kedai lebih kecil dalam sebuah pusat beli-belah.
Kedai itu akan diatur dalam cara baru dan segar di mana semua barangan bagi setiap sudut utama rumah yang ditawarkan jenama perabot itu, akan digabungkan demi mempermudahkan lagi para pelanggan untuk berbelanja.
Berbeza dari dua cawangannya yang lain, cawangan di Jem tidak akan mempunyai taman permainan atau gudang di dalamnya.
Namun, ia tetap akan membuka Restoran IKEA yang menyediakan hidangan-hidangan popular seperti bebola daging dan ayam goreng.
Encik Doornbos menambah: "Hanya ada beberapa sahaja kedai IKEA dengan konsep sedemikian di dunia! Ia akan lebih mudah bagi orang ramai untuk mendapat inspirasi, membeli perabot atau barangan keperluan, dan semestinya, 'Swedish meatballs' kami."
Cawangan di Tampines dan Alexandra menarik hampir 7 juta pengunjung setiap tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.