Ikan buntal membawa maut - Ini 7 fakta tentang ikan beracun itu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Pexels/Jeffry Surianto)
MALAYSIA: Sedih dan menyayat hati, begitulah yang dapat digambarkan berhubung kejadian santapan terakhir sepasang suami isteri di Kampung Chamek, Paloh, Johor, yang meninggal dunia selepas makan ikan buntal goreng.
Antara fakta yang paling popular adalah ikan buntal terkenal sebagai ikan beracun.
Bagaimanapun, terdapat banyak lagi fakta lain yang harus orang ramai ketahui tentang ikan tersebut.
1) Terdapat lebih daripada 100 spesies ikan buntal
Ikan buntal adalah spesies yang tergolong dalam keluarga Tetraodontidae. Ikan tersebut boleh didapati di kedua-dua air masin dan air tawar seperti lautan Pasifik, Laut Merah, Sungai Mekong dan Sungai Amazon.
Ciri-ciri ikan beracun itu termasuk mempunyai badan yang panjang, meruncing, kepala bulat, bibir yang menonjol dan perut besar, seperti dinukil laporan Sinar Bestari.
Ikan buntal mempunyai keupayaan untuk menukar arah apabila berenang dan berenang ke belakang.
2) Boleh membesar sehingga 1.2 meter
Ikan buntal terbesar diketahui sehingga 1.2 meter panjang.
Panjangnya juga melebihi buaya bayi. Ikan buntal itu terdapat di Australia, Jepun dan Afrika.
Saiz terkecil ikan buntal pula kurang daripada 2.5 sentimeter dan terdapat di sekitar barat daya India. Walaupun kecil tetapi ia mempunyai keupayaan menonjol, iaitu ia boleh memilih untuk menjadi ikan jantan atau ikan betina.
3) Mengembung badannya sehingga tiga kali saiz biasa
Oleh kerana ikan buntal bergerak perlahan dan berwarna terang, ia menjadikan pemangsa lain mudah untuk memakannya.
Untuk mengatasi masalah itu, ikan buntal akan mengambil udara dari perut dan mengembung dirinya tiga kali lebih besar daripada saiz badan. Ia juga akan menyerlahkan tulang belakang supaya tidak menjadi makanan pemangsa.
4) Salah satu haiwan paling beracun di dunia
Ikan buntal adalah haiwan beracun. Apabila dalam keadaan terancam, ikan itu mengembungkan diri dan melepaskan toksin dari kulit yang dikenali sebagai Tetrodotoxin atau TTX iaitu bahan kimia yang 100 kali lebih toksik daripada sianida, lapor Sinar Bestari.
Di samping itu, ikan buntal juga boleh mengeluarkan toksin yang boleh membunuh 30 orang dewasa. Sesiapa yang terdedah kepada racun tersebut boleh mengalami kebas, lumpuh otot, pening, kegagalan jantung dan kematian.
5) Ikan buntal boleh bina sarang
Ikan buntal berwarna putih ternyata mempunyai tabiat yang unik iaitu membina sarang. Ikan buntal jantan membuat sarang dalam bentuk sfera pasir dengan ukuran diameter 1.8 meter.
Tujuannya membuat sarang adalah untuk menarik perhatian ikan betina. Di samping itu, ikan buntal jantan lain juga membuat sarang dengan tujuan yang berbeza. Sarang sperma misalnya untuk melindungi diri daripada pemangsa.
6) Gigi ikan buntal terus tumbuh
Ikan buntal sebenarnya mempunyai empat gigi. Dua di bahagian atas dan dua di bawah. Kedua-duanya bersatu agar kelihatan seperti satu gigi besar seperti tikus.
Gigi ikan buntal sentiasa berkembang untuk memastikan ia pendek dan digunakan untuk membuka cengkerang, makan alga dan ikan-ikan di dasar lautan.
7) Ikan buntal adalah hidangan yang lazat di Jepun
Walaupun ia merupakan ikan beracun, ikan buntal adalah salah satu hidangan lazat di Jepun.
Namun begitu, hidangan itu hanya boleh dimasak oleh cef terlatih yang mempunyai banyak pengalaman.
Ini kerana mereka perlu mengeluarkan organ-organ beracun dan memasaknya dengan betul supaya tidak meracuni pelanggan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.