Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ibu bapa perlu tahu cara biasakan anak kecil buang air secara berdikari

Anggaran Waktu Membaca:
 Ibu bapa perlu tahu cara biasakan anak kecil buang air secara berdikari

Gambar hiasan. (Gambar: Giorgio Trovato/Unsplash)

SINGAPURA: Bagi para ibu bapa, terutama sekali pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata, antara tempoh yang mendebarkan adalah mengajar anak buang air kecil atau besar di tandas.

Hal yang biasanya dipanggil 'potty training' dalam istilah bahasa Inggeris itu merupakan perkara yang memerlukan tahap kesabaran tertinggi bagi para ibu bapa.

Hakikatnya, tidak ada waktu yang tepat untuk melatih anak-anak buang air di tandas, lapor Medical Daily, seperti dipetik oleh Merdeka.com.

Selain itu, cara yang diajarkan kepada seorang anak belum tentu membuahkan hasil yang sama bagi anak-anak yang lain.

Cara terbaik sebelum bertindak membiasakan anak-anak buang air di tandas adalah dengan memerhatikan perilaku yang ditonjolkan mereka. Terdapat beberapa isyarat yang menunjukkan bahawa seseorang anak sudah bersedia secara fizikal, mental dan emosi untuk menguruskan diri sendiri, dengan buang air di tandas, lapor Merdeka.com.

Ini termasuk:

1. Tempoh antara buang air sudah cukup lama

2. Meminta anak supaya memberitahu ibu bapa sebaik sahaja mereka buang air di lampin pakai buang

3. Sudah tidak buang air ketika tidur malam

4. Meminta anak supaya memberitahu ibu bapa sekiranya mereka mahu buang air kecil atau besar

5. Anak mula menyendiri atau berpindah ke ruang lain apabila mahu buang air

6. Anak mula menunjukkan minat untuk buang air di tandas

7. Anak mula menunjukkan tanda-tanda berdikari

ANAK BOLEH BEZAKAN BILA MAHU BUANG AIR

Apabila anak mula menunjukkan tanda-tanda boleh membezakan bila mereka mahu buang air kecil atau besar, maka mereka sudah bersedia untuk melakukannya di tandas, lapor Merdeka.com.

Salah satu tanda paling penting adalah ketika anak sudah mengetahui waktu yang tepat untuk buang air kecil atau besar.

Selain itu, kelakuan atau tanda-tanda yang ditunjukkan anak-anak apabila berasa mahu buang air besar merupakan perkara yang baik. Sekalipun demikian, jangan memaksa anak untuk terburu-buru melakukannya.

Memaksa anak supaya segera buang air secara berdikari boleh membuat mereka berasa tidak bersedia.

Lantaran itu, pastikan anak anda benar-benar sudah bersedia dan mahu melakukannya. Peranan ibu bapa juga penting dalam menggalak anak-anak agar boleh buang air secara berdikari di tandas.
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan