Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ibu bapa perlu kenal pasti tanda anak tidak cukup air

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu bapa perlu kenal pasti tanda anak tidak cukup air

Gambar hiasan. (Gambar: Agensi berita/ Sinar Plus)

KUALA LUMPUR: Persekitaran cuaca panas boleh mengakibatkan kita mengalami dehidrasi tanpa mengira sama ada dalam kalangan dewasa atau kanak-kanak.

Perkara tersebut lebih memburuk bagi anak kecil yang enggan mengambil sebarang minuman lebih-lebih lagi air putih walaupun sedang dahaga, lapor Sinar Plus.

Menurut Alo Dokter, dehidrasi berlaku apabila tubuh tidak mendapatkan cairan yang secukupnya sehingga mengakibatkan gangguan fungsi pada organ.

Golongan bayi menjadi antara mudah mengalami situasi itu kerana mempunyai fizikal dan berat badan yang rendah.

Malah metabolisme bayi juga lebih tinggi berbanding dewasa sehingga mengkibatkan mereka mudah sensitif sekiranya kehilangan air dalam badan walaupun pada jumlah yang sedikit.

Bagi memahami tanda-tanda lain yang menunjukkan kanak-kanak mengalami dehidrasi, berikut penjelasaan yang dikongsi oleh Alo Dokter dan CNN Indonesia:

1. BIBIR KEKERINGAN

Persekitaran bibir dan kulit yang kering adalah antara tanda-tanda kanak-kanak atau bayi mengalami dehidrasi.

2. TIDAK SELESA

Kadangkala persekitaran yang panas dan tidak nyaman akan membuatkan kanak-kanak mudah emosi dan marah-marah.

Oleh itu, cuba tenangkan mereka dengan cara memberi minuman dan dibawa ke tempat yang lebih selesa.

3. KULIT

Tambah Sinar Plus lagi, perubahan kulit jelas ketara sekiranya seseorang itu kurang meminum air.

Kulit akan berubah menjadi tidak anjal dan mengambil masa lebih lama untuk kembali ke keadaan asal.

4. KURANG KENCING

Perhatikan perubahan kanak-kanak jika mereka kurang membuang air kecil seperti biasa.

Secara kasar, mereka akan 'membuang' sekitar enam jam sekali.

Sekiranya kurang daripada itu, maka ia bermakna kandungan cecair dalam badan sedikit dan sedang mengalami dehidrasi.

Purata, kanak-kanak perlu minum terutama sekali air putih sebanyak dua liter sehari, menurut Sinar Plus.

Oleh itu, perhatikan perubahan fizikal kanak-kanak bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.

Sekiranya kanak-kanak tersebut enggan minum air, pujuk dengan cara lembut dan galakkan secara perlahan-lahan.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan