Ibu bapa boleh ikut cara ini kurangkan penggunaan media sosial anak-anak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Brett Jordan/Pexels)
NEW YORK: Kedua-dua ketua khidmat kesihatan awam Amerika Syarikat dan Persatuan Psikologi Amerika mengeluarkan laporan tentang risiko yang mungkin timbul disebabkan media sosial ke atas kesihatan mental golongan belia.
Tinjauan oleh Pew Research mendapati 95 peratus remaja berkata mereka mempunyai akses kepada telefon bijak. Tiga puluh lima peratus daripadanya berkata mereka "sentiasa" menggunakan sekurang-kurangnya satu daripada lima platform media sosial terkenal (YouTube, TikTok, Instagram, Snapchat dan Facebook).
Bagi ibu bapa yang ingin mengurangkan penggunaan media sosial anak-anak mereka, demikian adalah beberapa strategi yang dapat membantu.
CADANGKAN HAD BERSAMA
Dr Nina Vasan, seorang penolong profesor psikiatri klinikal di Sekolah Perubatan Universiti Stanford, serta rakan sekerjanya sudah menghasilkan rancangan keselamatan media sosial yang sedang disemak untuk diterbitkan dalam sebuah jurnal akademik.
Rancangan itu menekankan pentingnya membuat keputusan bersama-sama mengenai had yang ingin ditetapkan.
Tanya anak anda tentang perubahan apakah yang boleh dilakukannya. Sebagai contoh, mungkin anak anda setuju untuk mengurangkan platform media sosial yang digunakan.
Atau mungkin anak anda lebih terbuka kepada menentukan waktu maksimum yang dibenarkan untuk menggunakan media sosial setiap hari serta penggunaan telefon bijak.
Memasang aplikasi yang membenarkan ibu bapa menyekat laman tertentu dan menentukan waktu terhad di alat-alat bijak boleh membantu anda melaksanakan had itu, menurut rancangan tersbeut.
CADANGKAN "CUTI" MEDIA SOSIAL
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda penggunaan media sosial yang bermasalah, anda mungkin boleh mempertimbangkan supaya anak anda berehat daripada menggunakannya, supaya ia dapat mengubah tingkah lakunya semula.
Bagi segelintir remaja, ia mengambil masa beberapa minggu, dan sebahagian lagi mengambil mana berbulan lamanya, kata Dr Vasan.
LINDUNG TABIAT TIDUR YANG SIHAT
Kajian menunjukkan remaja yang menggunakan telefon bijak pada waktu tidur (atau mempunyai alat bijak di dalam bilik tidur pada waktu tersebut, namun tidak menggunakannya) mendapatkan rehat yang kurang dan mempunyai tidur yang kurang bermutu dibandingkan kanak-kanak yang tidak mempunyai akses kepada sebarang peranti bijak.
Dr Jean Twenge, seorang pakar psikologi yang menghabiskan masanya selama beberapa tahun untuk memberi amaran tentang kesan media sosial terhadap kesihatan mental remaja, mencadangkan supaya mengadakan stesen mengecas.
Ini supaya setiap anggota keluarga, termasuk orang dewasa, menyimpan telefon bimbit mereka di tempat tersebut.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.