Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

i Light Singapore kembali diadakan pada 29 Mei, tampilkan 17 karya seni baharu & GastroBeats

Pesta seni i Light Singapore (iLSG) kembali diadakan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
i Light Singapore kembali diadakan pada 29 Mei, tampilkan 17 karya seni baharu & GastroBeats

Pesta seni i Light Singapore dan GastroBeats kembali diadakan pada Mei, kali ini dengan 17 karya seni baharu. (Gambar: i Light Singapore)

Diterbitkan : 07 May 2025 09:20AM Dikemas Kini : 07 May 2025 09:21AM
SINGAPURA: Pesta seni i Light Singapore (iLSG) kembali diadakan di Singapura.

Kali ini ia menampilkan 17 karya seni baharu oleh 20 karyawan - termasuk taman bunga bercahaya, piano gergasi serta pesta GastroBeats.

Mulai 29 Mei hingga 21 Jun, bermula dari pukul 7.30 malam hingga 11.00 malam setiap hari, dengan masa dilanjutkan hingga ke waktu tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu, pesta seni cahaya terunggul di Asia itu akan menyinari kawasan Marina Bay dan daerah berhampiran serta tapak-tapak baharu di 'Singapore River' dan Raffles Place buat pertama kali.

Dianjurkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan ditampilkan oleh UOB, pesta itu yang bertujuan menggalak kemampanan, kali ini diadakan dengan tema 'To Gather' dan berilhamkan warna merah sempena sambutan SG60, menurut kenyataan media oleh pihak penganjur i Light Singapore.

Di tapak utama acara tersebut di Marina Bay, para pengunjung boleh meneroka karya-karya seni termasuk "Take a walk through the meadow with me" oleh Megan Tan dan Tan Shao Xuan (Singapura) dan Sekolah Seni, Kolej Perhubungan London.

Ia menampilkan sebuah taman dinamik yang mengandungi 300 bunga bercahaya yang dihasilkan semula menggunakan sisa akrilik dan ia dapat memberi respons kepada kehadiran pengunjung melalui cahaya dan muzik.

Sebuah bengkel mereka hiasan akrilik turut diadakan di mana para peserta akan mengitar semula sisa potongan akrilik yang digunakan untuk menghasilkan karya seni.

Selain itu, Marina Bay Sands turut menempatkan karya "Piano Walk" oleh Amigo & Amigo (Australia) di Event Plaza, di mana sebuah piano gergasi akan memainkan gubahan lagu setiap 10 minit dan setiap langkah pengunjung dapat menghasilkan irama muzik.

Sementara itu di Singapore River, para pengunjung boleh menyaksikan "Reverse Waterfall" hasil karya UxU Studio (Taiwan), yang kelihatan seperti air terjun yang mengalir dari arah bertentangan.

Selain itu, terdapat juga karya 'Bridge of 1,000 Dreams' yang dipersembahkan oleh UOB dan Design Singapore Council, yang akan menampilkan kayu-kayu bercahaya pada Jambatan Cavenagh.

Kedua-dua karya seni itu akan dipamerkan sehingga 20 Julai 2025.

Sementara itu, pesta GastroBeats juga akan diadakan di Bayfront Event Space dari 29 Mei hingga 22 Jun dari pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari, di mana ia menampilkan zon runcit dan mesra haiwan peliharaan, persembahan muzik secara 'live' serta pelbagai jualan makanan yang enak.

Kemasukan ke acara iLSG dan Gastrobeats adalah percuma.

Bayaran akan dikenakan untuk kemasukan bagi program-program tertentu.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan