Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hotel Grand Hyatt S'pura jalani kerja naik taraf dua tahun

Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50, Grand Hyatt Singapura, yang terletak di Scotts Road, mengumumkan ia akan memulakan projek naik taraf selama dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel Grand Hyatt S'pura jalani kerja naik taraf dua tahun

Hotel Grand Hyatt Singapura (Gambar: Facebook/Grand Hyatt Singapore)

Diterbitkan : 29 Oct 2021 09:58PM Dikemas Kini : 29 Oct 2021 10:01PM

SINGAPURA: Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50, Grand Hyatt Singapura, yang terletak di Scotts Road, mengumumkan ia akan memulakan projek naik taraf selama dua tahun.

Kerja-kerja naik taraf itu akan terdiri daripada peningkatan infrastruktur dan reka bentuk, serta ubah elok bilik tamu hotel, restoran terpilih, Pusat Kecergasan & Spa Damai serta kawasan kesejahteraan hotel itu, menurut Grand Hyatt dalam kenyataan medianya.

Kerja-kerja pengubahsuaian bermula bulan ini, dengan Fasa 1 bermula di The Terrace Wing (sayap berasingan daripada hotel utama) serta kemudahan dan kedai di situ. Ini termasuk Spa & Pusat Kecergasan Damai dan kolam renang.

Apabila siap nanti, The Terrace Wing akan dilancarkan semula sebagai The Wellness Wing Grand Hyatt Singapura, dengan ruang serba baru yang direka bentuk oleh NAO Taniyama Associates and Strickland. Kerja-kerja naik taraf landskap taman di hotel itu pula direka bentuk oleh Grant Associates, yang terkenal dengan karyanya di Funan Mall, Sentosa dan Taman Di Pesisiran.

Kesejahteraan akan menjadi teras utama reka bentuk baru. Antara tarikan utama termasuk ciri taman lima tingkat dan air terjun yang memukau, katil sofa santai di bilik tamu, tempat acara luar dan kawasan kecergasan lebih luas bagi Pusat Spa & Kecergasan Damai yang baru.

(Gambar: Grand Hyatt Singapore)

(Gambar: Grand Hyatt Singapura)

Terrace Wing dijadualkan siap pada suku pertama tahun 2023.

Grand Hyatt dibuka pada 1971. Ketika itu dikenali sebagai Hyatt Regency Singapura, ia merupakan hotel terbesar yang dibuka oleh Hyatt International dengan 700 bilik.

Ia dinamakan semula sebagai Grand Hyatt Singapore pada 1988. Pada 2003, hotel itu memulakan kerja-kerja pengubahsuaian terbesar lobinya. Bilik dan Suite Singapura di The Terrace Wing diubah elok pada September 2013.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan