Hotel Goodwood Park tawar pakej penginapan bertema Squid Game hingga 22 Nov
Di Singapura, sebuah pakej penginapan bertemakan Squid Game yang pertama seumpamanya memberi tetamu peluang untuk menjadi peserta dalam permainan tersebut.

Hotel Goodwood Park menawarkan pakej penginapan bertemakan Squid Game sehingga 22 Nov 2021. (Gambar-gambar: KKday)
SINGAPURA: Demam Squid Game, siri drama Korea popular di Netflix, nampaknya belum reda.
Di Singapura, sebuah pakej penginapan bertemakan Squid Game yang pertama seumpamanya memberi tetamu peluang untuk menjadi peserta dalam permainan tersebut.

Penginapan satu malam 'Sotong Game Staycation' di Hotel Goodwood Park, seperti dicadangkan oleh julukan namanya, membawakan permainan bercirikan budaya setempat sambil membolehkan tetamu mengalami hampir segalanya yang disaksikan dalam siri pecah panggung itu.
Penginapan bertema tersebut ditawarkan dari sekarang hingga 22 November dan dilancarkan oleh wadah tempahan perjalanan serta pengalaman, KKday, bersama Hotel Goodwood Park.
Cabaran permainan sotong itu akan diadakan di Tudor Courtyard dalam kawasan hotel tersebut.
Antara permainan tempatan zaman sekolah yang boleh dijangkakan para pemain termasuk batu seremban, guli dan teng-teng.
Namun, setiap peserta 'bertanding' bukan untuk merebut wang tunai 45.6 bilion won - seperti dalam siri drama tersebut - tetapi mata ganjaran Grab sebanyak 1 juta. Ini bermakna pemenangnya boleh berbelanja sakan membeli pelbagai makanan dan minuman serta menempah khidmat kereta sewa secara percuma.

Penginapan di bawah pakej 'Sotong Game' (S$360 harga bersih untuk setiap malam) meliputi:
- Penginapan satu malam untuk dua orang di bilik Deluxe Mayfair Hotel Goodwood Park
- Dua set hadiah 'Sotong Game' yang termasuk pakaian jumpsut merah, seluar pemain berwarna hijau, gula-gula Dalgona dan susu cokelat.
- Sepasang tiket bagi kemasukan ke 'Sotong Game Challenge' untuk bermain lima permainan dan akses kepada astaka bergambar yang bertemakan Squid Game.
- Baucar satu untuk satu di Spa Rael
- Tempat letak kenderaan disediakan secara percuma
Jika anda sekadar ingin bermain Squid Game dan tidak mahu menginap di hotel itu, anda boleh membeli tiket bagi permainan tersebut yang berharga S$30. Jangan khuatir, anda tetap layak untuk memenangi semua hadiah yang ditawarkan.
Hotel Goodwood Park terletak di 22 Scotts Road.
Untuk lebih banyak butiran, sila layari laman ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.