Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hotel butik 22 bilik di Uzbekistan ini milik bekas penyampai CNA Timothy Go

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bekas penyampai CNA Timothy Go, 49 tahun, yang meninggalkan saluran itu pada 2016, beralih kerjaya dengan memulakan pelbagai perniagaan, dari memiliki sebuah cawangan francais Subway hingga ke agensi pelancongan dan platform media teknologi online.

Projek terbarunya adalah sebuah hotel indah di Khiva, Uzbekistan, kongsi Timothy kepada majalah gaya hidup mewah tempatan The Peak.

Hotel tersebut dibuka pada Mac lalu dengan rakan kongsinya, seorang warga Uzbekistan, Muhammad Ali Erkinov.

Diberi nama Hotel Bankir Khiva, The Peak menggambarkan hotel butik dengan 22 bilik itu sebagai bangunan "warisan dengan sentuhan moden".

uzbek hotel
(Gambar: 8days.sg)

Timothy juga berkongsi lebih lanjut tentang sebab di sebalik nama hotel itu.

Kedua-dua pemilik hotel itu mempunyai anggota keluarga yang bekerja dalam bank, dan lorong di mana terletaknya hotel itu juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "tempat di mana pegawai bank tinggal".

Lantaran itu, Timothy dan Ali memutuskan untuk menyertakan perkataan "Bankir" yang bermakna "pegawai bank" dalam bahasa Rusia ke dalam nama hotel tersebut.

KEHIDUPAN DI KHIVA

Pada 2018, Timothy pertama kali melakukan perjalanan ke Khiva, sebuah bandar dengan 93,000 penduduk, yang kini dikenali sebagai ibu kota pelancongan bagi dunia Islam untuk tahun 2024 oleh Muktamar Islam (OIC).

Seperti yang dikongsikan dengan The Peak, Timothy berkata beliau berpeluang bertemu Ali di lobi hotel di sana, di mana mereka memulakan "perbualan yang merubah kehidupan", yang kemudian mendorong mereka untuk membuka Hotel Bankir Khiva bersama-sama.

Hotel Bankir Khiva berlatar belakangkan pemandangan bandar Ichan Kala, yang juga tapak Warisan Dunia UNESCO.

Bercakap tentang keindahan pengalaman tinggal bersebelahan lokasi yang sangat bersejarah, Timothy berkongsi: "Ada sesuatu untuk dihargai, berjalan di lorong-lorong yang pernah satu ketika dahulu digunakan pedagang legenda."

Anggaran harga bagi penginapan satu malam di hotel itu tidak dapat diperolehi ketika laporan ini diterbitkan.

Timothy menambah: "Saya rasa seakan saya kembali ke titik permulaan kerjaya dan ia sesuatu yang menyeronokkan. Kebanyakan orang seusia saya sudah berfikir tentang persaraan."

Masa perjalanan ke Uzbekistan dari Singapura mengambil masa sekitar 12 hingga 16 jam dengan menaiki pesawat.

Tiada khidmat penerbangan langsung antara kedua-dua negara dan pengunjung perlu mengambil pesawat dari Kuala Lumpur atau Seoul.

Timothy menambah: "Jika pada usia 25 tahun dulu saya boleh berhijrah ke Singapura dengan sehelai pinggang, saya dapat melakukannya sekarang pada usia 40-an dengan keadaan kewangan lebih stabil dan pengalaman."

Timothy yang dilahirkan di Manila, Filipina dan membesar di Vancouver, Kanada berhijrah ke Singapura pada 2001 untuk menjadi seorang penyampai berita di CNA.

Beliau turut berkongsi membantu dalam kerja-kerja binaan hotel tiga tingkat itu, termasuk mengangkat kayu balak dan mempelajari cara memasang jubin dan lampu candelier.

"Sebaik sahaja hotel kami dibina, jiran tetangga juga turut menaik taraf rumah dan sekitaran mereka," jelas Timothy.

Sumber : 8 Days/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan