Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hotel baru The Standard akan dibuka di S'pura pada 2023

Sebuah hotel baru akan dibuka di Singapura pada 2023. Jenama hotel butik The Standard mengumumkan rancangannya untuk membangunkan sebuah hotel di kawasan bandar di Orange Grove Road, yang terletak bertentangan hotel Shangri-La Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel baru The Standard akan dibuka di S'pura pada 2023

(Gambar: The Standard)

Diterbitkan : 06 Aug 2021 07:31PM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 07:32PM

SINGAPURA: Sebuah hotel baru akan dibuka di Singapura pada 2023. Jenama hotel butik The Standard mengumumkan rancangannya untuk membangunkan sebuah hotel di kawasan bandar di Orange Grove Road, yang terletak bertentangan hotel Shangri-La Singapura.

Hotel dengan sebanyak 143 bilik itu akan menampilkan konsep makanan & minuman The Standard, ciri-ciri seni dan budaya serta sebuah kolam renang 'infinity' di pekarangan hotel itu.

Ia akan menjadi salah satu daripada beberapa hotel yang dibangunkan di Orchard Road, untuk memanfaatkan daya tarikan pusat beli-belah yang sibuk di kawasan itu. Hotel itu juga terletak beberapa minit sahaja dari Kebun Bunga Singapura.

Jenama hotel The Standard diasaskan di Barat Hollywood pada 1999. Sejak itu, ia mempunyai cawangan di New York, Miami dan London dan kini menembusi beberapa bandar utama di Asia.

The Standard, Hua Hin dijadual dibuka pada November 2021 manakala The Standard, Bangkok Mahanakhon pula dijadual dibuka pada 2022.

"Singapura adalah sebuah bandar yang dinamik dan kaya dari segi budaya dan bersedia untuk mendakap kreativiti dan personaliti The Standard," kata Amar Lalvani, CEO Standard International.

"Singapura tampil sebagai sebuah hab inovatif dan sangat penting di Asia dan kami benar-benar tidak sabar memulakan pembangunan projek ini."

The Standard Singapore akan dibangunkan oleh Invictus Developments, sebuah syarikat pelaburan hartanah butik milik usahawan Indonesia, Bachtiar Karim.

"Kami teruja untuk membawa The Standard ke Singapura. Mereka dikenali kerana mencabar sempadan dan norma yang menggambarkan nilai-nilai kami. Pendekatan mereka yang tidak konvensional dan luar biasa akan menawarkan pengalaman yang berbeza berbanding tawaran lain di sekitarnya," kata Chayadi Karim, ketua invictus Developments.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan