Hidangan Happy Meal dengan mainan TinyTan BTS ditawarkan di McDonald's SG mulai 25 Sep
TinyTan Happy Meal Edisi Ulangan boleh didapati di McDonald dari 16 Oktober hingga 12 November. (Gambar: McDonald's)
- SINGAPURA: Hidangan Happy Meal yang disertakan mainan TinyTan BTS akan mula ditawarkan di restoran McDonald's di Singapura mulai 25 September.
- Edisi 'Throwback' akan mula ditawarkan mulai 25 September hingga 15 Oktober, manakala edisi 'Encore' pula akan dilancarkan mulai 16 Oktober hingga 12 November.
- Figura TinyTan diilhamkan daripada anggota kugiran K-idol popular, BTS.
- Terdapat sebanyak 14 mainan secara keseluruhan - tujuh mainan bagi setiap edisi - dan ia akan dilancarkan mengikut format 'blind box'.
SINGAPURA: Hidangan Happy Meal yang disertakan mainan TinyTan BTS akan mula ditawarkan di restoran McDonald's di Singapura mulai 25 September.
Koleksi itu akan dilancarkan menerusi dua bahagian.
Edisi 'Throwback' akan mula ditawarkan mulai 25 September hingga 15 Oktober, manakala edisi 'Encore' pula akan dilancarkan mulai 16 Oktober hingga 12 November.
Kesemua mainan Happy Meals TinyTan BTS tersedia selagi stok masih ada.
Figura TinyTan diilhamkan daripada anggota kugiran K-idol popular, BTS.
Setiap watak itu dicirikan oleh rupa tersendiri.
Edisi 'Throwback' menampilkan figura RM, Jin, Suga, J-hope, Jimin, V dan Jungkook dalam pakaian dari kolaborasi McDonald's bersama BTS pada 2021.
Set kedua mainan TinyTan yang diberi nama edisi 'Encore' mempunyai figura yang memakai pakaian yang merujuk kepada kolaborasi kedua antara BTS dengan McDonald’s.
Terdapat sebanyak 14 mainan secara keseluruhan - tujuh mainan bagi setiap edisi - dan ia akan dilancarkan mengikut format 'blind box'.
Setiap kotak mengandungi kod QR yang memberi akses kepada pengalaman Permainan Digital TinyTan.
Gergasi makanan segera itu juga menyatakan kotak Happy Meal edisi terhad juga akan ditawarkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.