Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hendak rancang percutian? Peluang anda dapatkan tawaran pakej, potongan harga di pameran 'Time To Fly'

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anda ingin membuat perancangan bagi percutian seterusnya tetapi tidak pasti destinasi mana hendak dituju? Pameran pelancongan Time To Fly yang akan diadakan hujung minggu ini boleh menjadi tempat rujukan. 

Pameran tersebut menampilkan syarikat-syarikat penerbangan Singapore Airlines serta tujuh ejen pelancongan iaitu ASA Holidays, CTC Travel, EU Holidays, Hong Thai Travel, LGE Travel, Super Travels dan UOB Travel. 

Berlangsung mulai 11 hingga 13 November, pameran tiga hari itu akan bertempat di Pusat Konvensyen Suntec City, ruang legar tingkat 3, dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. 

Namun, sebelum menuju ke sana, layari laman web rasmi pameran itu terlebih dahulu untuk mengetahui tawaran yang boleh dijangkakan  pada hari berkenaan dan berpeluang memenangi baucar menerusi permainan online. Anda hanya perlu menjawab lima soalan dalam kuiz online untuk memenangi baucar yang boleh dimuat turun dan kemudian digunakan di pameran tersebut. 

Selain mendapatkan tawaran pelancongan hebat, pengunjung juga boleh mengikuti segmen oleh ejen pelancongan, menikmati persembahan dan penampilan selebriti. Antaranya, barisan pelakon dari drama Healing Heroes, rancangan King Of Culinary dan banyak lagi. 

Paling penting, pengunjung boleh menantikan pelbagai tawaran hebat dan berpatutan! Ini termasuk tawaran khas 'beli satu, dapat satu' bagi pakej-pakej dan destinasi tertentu, potongan harga untuk pasangan dan keluarga, diskaun sehingga 30 peratus bagi harga yang ditawarkan online, harga khas untuk tempahan awal serta hadiah-hadiah seperti kad SIM dan bagasi. 

Singapore Airlines juga akan menawarkan pelbagai tawaran harga bagi destinasi-destinasi tertentu khas sempena pameran percutian Time To Fly. 

Pengunjung juga mempunyai peluang lebih tinggi untuk memenangi hadiah di acara tersebut sekiranya mereka berbelanja lebih. Bagi setiap S$500 yang dibelanja sewaktu tempoh kelayakan, pengunjung mempunyai satu peluang dalam cabutan bertuah 'BUY, WIN, FLY!'.

Hadiah terbaik yang boleh dimenangi setiap hari berupa dua tiket penerbangan kelas perniagaan, penginapan dan baucar berbelanja. 

Pada hari terakhir pula, satu pemenang bertuah berpeluang memenangi Hadiah Perdana bernilai lebih S$30,000 - tiket penerbangan kelas perniagaan untuk dua orang ke Perth dan Maldives bersama Singapore Airlines, termasuk penginapan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web cnalifestyle.com/timetofly. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan