Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Haw Par Villa dibuka semula setelah selesai kerja-kerja naik taraf

Taman bertema, Haw Par Villa, dibuka semula kepada orang ramai selepas menjalani kerja-kerja naik taraf selama tiga bulan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2019 07:09PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 12:38AM

SINGAPURA: Taman bertema, Haw Par Villa, dibuka semula kepada orang ramai selepas menjalani kerja-kerja naik taraf selama tiga bulan.

Taman berusia 81 tahun itu ditutup sepenuhnya pada tahun lalu untuk kerja-kerja pembaikan. Hasilnya, suasana taman itu kini lebih menarik dan berwarna-warni.

Sepanjang 20 tahun lalu, hanya kerja-kerja penyenggaraan yang dilakukan.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan bahawa penutupan itu perlu dilakukan atas sebab-sebab keselamatan. Ia juga membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan lebih cepat.

Namun, terdapat saranan dari pakar-pakar agar taman bertema itu memanfaatkan teknologi Realiti Tambahan (AR) supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung muda. Ini khususnya bagi menarik golongan muda.

Pensyarah bidang pemasaran dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Wong King Yin berkata dengan AR, para pengunjung muda misalnya boleh berjalan dengan telefon bimbit mereka dan menyaksikan bahan-bahan pameran dengan lebih hidup lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang pameran diubah sejak 20 tahun lalu demi mengekalkan warisan budayanya.

Haw Par Villa dibina pada 1937 oleh hartawan Aw Boon Haw, iaitu tokoh di sebalik ubat gosok terkenal, Tiger Balm. 

Sumber : CNA/RR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan