Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hati-hati penyakit tidur berjalan, boleh jadi bahaya

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Fenoma berjalan ketika tidur atau sleepwalking adalah gangguan tidur yang terjadi  semasa berada dalam keadaan tahap tidur nyenyak. 

Ketika seseorang mengalami tidur berjalan, dia mungkin duduk, berjalan-jalan dan melakukan aktiviti-aktiviti biasa dalam keadaan tidur. Mata seseorang itu mungkin terbuka, tetapi sebenarnya mereka masih dalam keadaan tidur nyenyak. 

PUNCA TIDUR JALAN

Berjalan ketika tidur sering terjadi pada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. 

Meskipun jarang, sebilangan dewasa mungkin mengalaminya. Para pengkaji mengenal pasti beberapa masalah kesihatan, kegiatan dan khasiat-khasiat yang boleh menyebabkan seseorang itu berjalan ketika tidur. 

Berikut adalah tujuh punca tidur berjalan menurut  portal berita Kompas.com yang memetik beberapa kajian: 

- Tekanan dan rasa cemas

Tekanan dan rasa cemas menjejas keupayaan seseorang itu untuk berehat dengan baik. 

Beberapa pengkaji berpendapat tekanan pada siang hari menyebabkan fenomena tidur berjalan. 

Salah satu kajian terhadap 193 pesakit di sebuah klinik mendapati bahawa salah satu punca utama episod tidur berjalan adalah tekanan yang dialami pesakit itu sepanjang hari. 

- Kurang tidur 

Mereka yang kurang tidur lebih kemungkinan akan mengalami tidur berjalan. 

Para pengkaji yang meneliti keadaan otak dengan melakukan pengimejan diagnostik (MRI) terhadap mereka yang kurang tidur, mendapati bahawa apabila seseorang itu kurang tidur, ia meningkatkan  episod tidur berjalan yang dialami seseorang. 

- Migrain

Jika seseorang itu mengalami migrain yang kronik, dia lebih cebderung tidur berjalan. 

Beberapa pengkaji menemu ramah 100 pesakit pada 2015 yang kerap tidur berjalan. Mereka mendapati ada hubungan kuat antara tidur berjalan dan sakit kepala, terutama sekali migrain. 

- Demam 

Tidur berjalan juga dikaitkan dengan penyakit-penyakit yang menyebabkan demam, terutama pada kanak-kanak. 

Demam juga boleh menyebabkan gangguan tidur di mana seseorang itu berteriak, meronta-ronta dan cuba melarikan diri dari hal-hal menakutkan yang dirasa dalam tidur. 

- Gangguan pernafasan

Apnea tidur obstruktif adalah gangguan pernafasan yang menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas untuk masa yang singkat semasa tidur. 

Apnea tidur yang parah boleh menyebabkan kelelahan pada siang hari, tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung. 

Jika mengalami apnea tidur obstruktif yang parah, kemungkinan seseorang itu untuk tidur berjalan pun lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang mengalami apnea tidur yang ringan. 

Terdapat juga laporan tentang kanak-kanak  semput yang berkemungkinan tidur berjalan. Penyakit semput menyebabkan kanak-kanak itu kurang tidur dan sebilangannya tidur jalan. 

-  Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)

GERD atau juga dikenali Asid Reflux Disease adalah kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan, menyebabkan pedih ulu hati dan lenguh badan.

Bagi ramai orang, GERD menjadi lebih buruk pada waktu malam. Mereka yang mengalami GERD dan gangguan perut yang lain lebih kemungkinan  terjejas tidur mereka, termasuk tidur jalan.

- Penyakit Parkinson

Parkinson adalah penyakit saraf yang menjejas kemampuan tubuh untuk bergerak. 

Seiring perkembanganya, penyakit ini boleh memberi kesan kepada bahagian otak yang mengawal gerakan dan juga bahagian otak yang mengawal tidur seseorang itu. 

Biasanya, ketika seseorang itu bermimpi semasa tidur gerak mata cepat (REM), otaknya melumpuhkan buat seketika beberapa otot agar tubuh tidak bertindak mengikuti mimpi dan tidak mencederakan diri sendiri atau orang di sekeliling. 

Beberapa kajian menunjukkan bahawa penyakit Parkinson mencegah kelumpuhan sepenuhnya otot-otot semasa waktu tidur. Ini boleh menyebabkan seseorang itu tidur berjalan dan gangguan-gangguan tidur yang lain. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan