Skip to main content

Gaya Hidup

Hati-hati bila guna bekas makanan styrofoam, boleh jejas hormon

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati bila guna bekas makanan styrofoam, boleh jejas hormon

(Gambar: Sumber web)

Diterbitkan : 20 Apr 2022 08:21PM

KUALA LUMPUR: Biasanya, bila anda membeli makan daripada pusat penjaja atau kedai makan di mana-mana sahaja, makanan anda mungkin dibungkus dalam bekas plastik atau styrofoam.

Namun, adakah anda tahu bahawa bekas styrofoam itu boleh mengundang bahaya? 

Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan di akaun Facebooknya, styrofoam itu mengandungi toksin yang bernama styrene.

Tidak kisah sama ada makanan dan minuman itu panas, sejuk atau di suhu bilik sekalipun, tindak balas pasti akan berlaku pada permukaan styrofoam bila ia digunakan. 

Styrene dalam styrofoam merupakan antara punca-punca ketidakseimbangan hormon pada badan kita dan anak-anak, menurut Dr Mazliana, seperti yang dipetik oleh portal Keluarga.  

Badan itu sebenarnya mengandungi banyak sangat hormon, terutama bagi wanita. Masalah paling utama untuk kanak-kanak perempuan yang memberi kesan seumur hidupnya adalah kitaran haid yang tidak teratur. 

Ramai yang mengalami masalah ini, terjadi tidak kira umur wanita. Ada kanak-kanak perempuan seawal usia 10 tahun yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak tetap, menurut rencana Keluarga. 

Justeru, apabila menyediakan makanan untuk anak-anak atau diri sendiri, bukan setakat kandungan makanan sahaja yang anda harus perhatikan. Tetapi anda juga harus mengambil perhatian bekas makanan yang digunakan untuk letak makanan itu, menurut perkongsian Keluarga.  

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita