Skip to main content

Gaya Hidup

Harga makanan, protein alternatif di S'pura jatuh meski kadar inflasi naik

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 May 2022 08:08PM Dikemas Kini : 07 May 2022 09:51PM

SINGAPURA: Harga makanan dan protein alternatif di Singapura kini semakin rendah walaupun inflasi naik ke paras tertinggi dalam masa sedekad.

Firma-firma teknologi makanan menyatakan ini berlaku kerana ia mampu menambah penghasilan makanan alternatif itu di tengah-tengah permintaan semakin tinggi dari para pelanggan.

Syarikat-syarikat sedemikian malah merancang menurunkan lagi harga makanan alternatif itu sehingga setara dengan makanan konvensional.

Bagi restoran KEK Seafood, setelah setengah abad menyediakan hidangan tradisional, ia kini mencuba makanan baru.

Ini termasuklah hidangan sate bihun yang menampilkan sate ayam.

Namun sate itu sebenarnya dibuat daripada daging ayam tiruan yang dibiak di dalam makmal.

Sepinggan hidangan daging alternatif atau tiruan ini berharga $13.80 iaitu hampir seganda berbanding harga hidangan bihun biasa.

Ini merupakan percubaan pertama restoran KEK Seafood untuk menggabungkan masakan bihun tradisional menggunakan daging tiruan.

Syarikat GOOD Meat, yang menghasilkan daging ayam alternatif itu menyatakan ia belum lagi menjana keuntungan daripada pengeluaran dan penjualan produk itu.

Namun kos pengeluarannya sudah menjadi semakin rendah baru-baru ini, walaupun tidak menyatakan skala ekonomi yang berjaya diraihnya.

Ia berharap dapat untuk akhirnya menjual daging ayam tiruan itu pada harga yang sama dengan daging ayam biasa iaitu sekitar $7 satu kilogram.

Syarikat GOOD Meat kini merancang membuat permohonan kepada Agensi Makanan Singapura menjelang akhir tahun ini, untuk menjual pula daging lembu yang dibiak di makmal bagi pasaran tempatan.

Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita