Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hampir 20% sampel madu Australia didapati tidak tulen

Hampir satu daripada lima sampel madu Australia, termasuk madu-madu mahal, adalah palsu, menurut satu kajian mengejutkan, yang menjalankan ujian terhadap sampel-sampel madu tempatan dan antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 20% sampel madu Australia didapati tidak tulen

Gambar hiasan. (Gambar: Fred Tanneau/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 03:28PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 03:31PM

AUSTRALIA: Hampir satu daripada lima sampel madu Australia, termasuk madu-madu mahal, adalah palsu, menurut satu kajian mengejutkan, yang menjalankan ujian terhadap sampel-sampel madu tempatan dan antarabangsa.

Kajian tersebut mengkaji 100 sampel, termasuk 38 sampel madu berjenama dari Australia. Hampir satu daripada lima sampel madu Australia itu menunjukkan bahawa ia sudah dicampur dengan bahan lain.

Kajian itu, yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Macquarie, menggunakan 100 sampel madu yang diperolehi dari negara-negara lain, termasuk 38 sampel madu berjenama dari Australia.

Ia mendapati bahawa lebih separuh sampel yang diperolehi dari Asia, kebanyakannya dari China, sudah dicampur dengan bahan-bahan lain. Ini bermakna madu tersebut dicampur dengan bahan-bahan yang bukan madu.

Sampel-sampel yang diuji di Institut Pengukuran Nasional, iaitu sebuah makmal yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi, digunakan untuk menguji dadah-dadah yang dirampas oleh Pasukan Pengawal Sempadan, mendapati bahawa 27 peratus sampel luar negara bukan madu asli.

Bagaimanapun, kejutan terbesar adalah madu dari Australia.

Ini kerana, daripada 38 sampel madu di pasar raya dan pasar, 18 peratus, atau hampir seperlima, sudah dicampur.

Sumber : Agensi berita/NA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan