Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Halloween Horror Nights kembali di USS selepas dua tahun

Anda mungkin tidak mahu terlepas peluang meneroka rumah hantu dan zon-zon seram di USS bermula bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Halloween Horror Nights kembali di USS selepas dua tahun

(Gambar: Resorts World Sentosa)

SINGAPURA: Halloween Horror Nights di Universal Studios Singapore (USS) kini kembali bagi edisi ke-10 tahun ini.

Edisi terakhirnya adalah pada 2019, sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Dari 30 Sep hingga 5 Nov, pada malam-malam tertentu, mereka yang gemar pada hal-hal seram dan menakutkan antara lain boleh meneroka tiga rumah hantu, dua zon menakutkan, cabaran 'laser tag' dan pengalaman makan yang "menyeramkan".

ELEMEN-ELEMEN BARU

Selain rumah hantu, yang sering dijangkakan oleh penggemar acara Halloween, pengunjung juga boleh memilih pengalaman lain pada kos tambahan, seperti pengalaman raksasa Monsters & Manifestation (S$38).

Jelajah itu akan membawa pengunjung melihat magis teknikal yang berlaku di balik tabir.

Penggemar permainan 'laser tag' dan 'escape room' pula boleh mengikuti cabaran 'laser tag' (S$38). Sekumpulan lima orang perlu bersatu hati menyelesaikan teka-teki bagi melarikan diri dari penjahat-penjahat yang 'dahagakan darah'.
(Gambar: Resorts World Sentosa)
Dengan bayaran S$105 setiap seorang, anda juga boleh berkongsi hidangan mengerikan dengan "tetamu khas yang sudah mati" di restoran KT's Grill di taman tema itu.

RUMAH HANTU: ZOMBI, ISTANA RAHSIA DAN BANYAK LAGI

Musim Halloween ibarat tidak lengkap tanpa rumah hantu. Di Halloween Horror Nights, ada sehingga tiga rumah hantu untuk anda teroka.

Tahun ini, rumah hantu Killustrator: The Final Chapter direka sebagai penghormatan kepada detik-detik paling menakutkan daripada sembilan edisi yang lalu.

Bersedialah untuk ditakutkan oleh zombi, dan jelajah mewah - tetapi berhantu - di istana yang pernah menjadi tempat tinggal seorang hartawan dan isterinya.

PONTIANAK DAN ZON BERTEMAKAN ASTROLOGI

Pastikan rakan-rakan anda berada di samping anda sambil meneroka dua zon menakutkan di taman itu. Astrologi juga diberi nafas 'seram' dengan The Dark Zodiac, dan anda juga boleh menjadi sebahagian daripada cabaran penstriman langsung untuk 'menangkap' pontianak.

Halloween Horror Nights 10 berlangsung dari 30 Sep hingga 5 Nov di USS, Resorts World Sentosa.

Tiket berharga S$78 pada malam-malam sibuk dan S$68 bagi malam-malam biasa.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan