Halloween Horror Nights 2025 kembali ke Universal Studios SG, tampilkan Stranger Things
Acara Halloween Horror Nights di Universal Studios Singapore yang dinanti-nantikan ramai kembali diadakan pada September ini.
Halloween Horror Nights Universal Studios SG tahun ini diadakan selama 18 malam bermula 26 September hingga 1 November. (Gambar: Resorts World Sentosa)
Dalam edisi kali ini, ia kembali menerusi kerjasama dengan siri popular Stranger Things dari Netflix.
Diadakan selama 18 malam bermula 26 September hingga 1 November, acara tahun ini adalah edisi ke-13 Halloween Horror Nights.
Menjelang pelancaran musim kelima dan terakhir siri televisyen 'Stranger Things', para peminat rancangan itu boleh mengimbau kembali detik-detik paling mendebarkan hati dalam siri televisyen itu.
"Stranger Things adalah salah satu siri seram paling bertahan pada zaman kita dan dengan siri televisyen itu hampir tiba ke penghujungnya, kami ingin memberi peluang kepada para peminat untuk menghidupkan semula semua detik-detik daripada rancangan itu di acara Halloween Horror Nights Universal Studios Singapore," kata Markham Gannon, pengarah kanan hiburan di Resorts World Sentosa.
"Kami sudah mencapai kejayaan dalam kerjasama kami dengan Netflix dalam membangunkan rumah-rumah berhantu dan ini bakal menjadi edisi paling menyeronokkan bagi acara ini sejauh ini."
Acara tahun ini merupakan kali keempat Halloween Horror Nights USS bekerjasama dengan Netflix.
Perkongsian sebelum ini menampilkan rumah-rumah hantu dari siri televisyen Korea Selatan 'Sweet Home' dan 'All of Us Are Dead', serta 'Stranger Things' di Halloween Horror Nights 8.
Harga tiket acara Halloween Horror Nights Universal Studios Singapore bermula pada S$58.
Mereka yang berminat boleh kunjungi laman Resorts World Sentosa atau Klook.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.