Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gunakan rebung untuk turunkan kadar kolesterol, miliki kulit cantik

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Rebung buluh adalah pucuk buluh yang muda dan masih lembut. Di Asia, ia biasanya diambil dan dipotong untuk dimasak sebagai lauk. Contohnya, gulai rebung, salad dan sayur lodeh.

Banyak kelebihan rebung yang tidak semua tahu. Melalui perkongsian Dr Rizal Abu Bakar yang dipetik portal Keluarga, terdapat 62 kajian yang mengesahkan bahawa rebung boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan, selain bagus untuk kulit dan membantu usus kerana bertindak sebagai prebiotik. 

KHASIAT REBUNG

1. KAYA ANTIOKSIDA, KUPRUM, VITAMIN B6, & LAIN-LAIN

Rebung kaya dengan antioksida, kuprum (atau 'copper'), vitamin B6, vitamin E, vitamin K, Riboflavin, Thiamine dan fosforus. 

Vitamin B6 saja sudah terlibat dalam 140 reaksi tindak balas biokimia dalam sel. Sekiranya tidak cukup vitamin, maka sakitlah tubuh anda.

2. MENGANDUNGI PREBIOTIK & MENURUNKAN KOLESTEROL

Rebung sangat bagus untuk kulit, menurunkan kadar kolesterol dan membantu usus kerana bertindak sebagai prebiotik. 

Rebung juga membantu menguruskan badan. Ada 62 kajian yang mengesahkan hal berkenaan. Sekiranya dicampur dengan minyak MCT, semakin cepat berat badan anda akan turun. 

3. MEMBAIKI SISTEM PENGHADAMAN, CEGAH PENYAKIT KENCING MANIS & ANEMIA

Rebung juga boleh membaiki sistem penghadaman. Bagi mereka yang mengalami sembelit, elok sangat untuk mengamalkan makan rebung. 

Ia juga boleh membantu metabolisma badan dan mencegah penyakit kencing manis serta anemia. 

Sekiranya tidak boleh mendapatkan rebung, anda boleh saja cuba guna belimbing buluh. 

RESIPI GULAI LEMAK UDANG CILI API DENGAN REBUNG

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN: 
- Rebung segar
- Udang yang sudah dicuci dan disiang
- Cili padi, ikut selera
- 1 inci kunyit hidup
- Daun kunyit
- 1 batang serai
- Santan segar
- Asam keping
- Air secekupnya
- Garam, secukup rasa

CARA PENYEDIAAN: 

1. Tumbuk sekali kunyit dan cili padi sampai lumat.
2. Ketuk serai sehingga lenyek sedikit.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Masukkan separuh santan, rebung dan asam keping. Didih guna api sederhana sampai menggelegak.
4. Masukkan udang. Kacau dan masukkan baki santan serta garam cukup rasa.
5. Biarkan selama 10 minit dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan