Google Maps lancar ciri baru panduan laluan berbasikal di S'pura
Adakah anda kerap berbasikal sepanjang pandemik ini dan kini mahu meneroka lebih jauh lagi daripada laluan biasa anda pada hujung minggu? Ini berita baik untuk anda! Google Maps sudah melancarkan ciri baru navigasi berbasikal. Ciri itu adalah yang pertama di Asia Tenggara.

(Petikan skrin: Google Maps)
SINGAPURA: Adakah anda kerap berbasikal sepanjang pandemik ini dan kini mahu meneroka lebih jauh lagi daripada laluan biasa anda pada hujung minggu?
Ini berita baik untuk anda! Google Maps sudah melancarkan ciri baru navigasi berbasikal. Ciri itu adalah yang pertama di Asia Tenggara.
Ia meliputi laluan berbasikal lebih 6,800 kilometer di Singapura dan sudah boleh dimanfaatkan mulai hari ini (8 Nov) sama ada menerusi komputer atau platform mudah alih (Android dan iOS).
Ciri baru Google Maps itu tercetus daripada "jumlah carian yang begitu tinggi di Google bagi laluan berbasikal, dengan lonjakan 75 peratus daripada 2020 dan pertambahan 400 peratus daripada 2019" di Singapura, menurut Ketua Kerjasama Geo Google, Asia Tenggara, Cordula Oertel.
Disebabkan data sekitar 500 kilometer yang disediakan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Lembaga Taman Negara, fungsi baru itu termasuk ciri-ciri berikut di Singapura:
- panduan langkah demi langkah bagi laluan berbasikal
- rangkaian koridor alam semula jadi merata negara yang menghubungkan taman-taman utama dengan kawasan semula jadi
- laluan khas berbasikal dan jalan raya mesra basikal yang disyorkan
Selain merancang laluan, pengayuh basikal juga boleh menjejaki perjalanan mereka dengan navigasi berdasarkan setiap belokan, menerima kemas kini anggaran masa ketibaan (ETA) dalam masa nyata dan mengetahui tentang kecerunan laluan.
Satu lagi ciri berguna ialah ia boleh membantu anda mengelak daripada berbasikal ke lebuh raya dan terowong, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Trafik Jalan Raya.
Jika anda menggunakan basikal bermotor (PAB) atau alat mobiliti peribadi (PMD) bermotor, semak laman LTA untuk mengetahui peraturan dan undang-undang.
Anda boleh mengakses ciri tersebut selain pilihan navigasi berjalan kaki, memandu dan pengangkutan awam yang sedia ada di Google Maps.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.