Skip to main content

Gaya Hidup

Google lancar siri telefon Pixel 11 dengan lebih banyak ciri AI

Google pada Rabu (12 Ogos) melancarkan siri terbaharu telefon Pixel, dengan kamera lebih nipis yang menawarkan keupayaan menukar jarak tumpu (zoom) lebih berkuasa serta ciri kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan lebih mudah.

Anggaran Waktu Membaca:
Google lancar siri telefon Pixel 11 dengan lebih banyak ciri AI

Telefon bijak Pixel 11 dan Pixel Watch 5 keluaran Google. (Gambar: Google)

Diterbitkan : 13 Aug 2026 06:40PM
  • Google melancarkan siri telefon Pixel terbaharu di New York pada 12 Ogos, menawarkan model seperti Pixel 11 dan Pixel 11 Pro dengan harga bermula S$1,299 di Singapura.
  • Telefon baharu ini menampilkan kamera lebih nipis, mod 'Magic Capture', serta ciri AI seperti terjemahan langsung dan HiLight untuk kenalan kegemaran.
  • Model Pro turut dilengkapi 'Instant Night Sight' untuk rakaman malam lebih pantas, kapasiti storan bermula 256GB, bateri tahan 30 jam, dan pengecasan tanpa wayar lebih laju.
  • Google berharap inovasi ini dapat menarik lebih ramai pengguna menaik taraf, sambil memperkukuh penggunaan AI dalam produk mereka.
Dijana oleh AI
NEW YORK: Google pada Rabu (12 Ogos) melancarkan siri terbaharu telefon Pixel, dengan kamera lebih nipis yang menawarkan keupayaan menukar jarak tumpu (zoom) lebih berkuasa serta ciri kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan lebih mudah.

Para pelanggan di Singapura kini boleh membuat pesanan awal bagi Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL dan Pixel 11 Pro Fold, masing-masing pada harga permulaan S$1,299, S$1,599, S$1,819 dan S$2,499.

Antara ciri baharu yang disediakan termasuk terjemahan langsung bagi video, podcast dan kiriman mesej suara.

Bagi model Pro, ciri yang disebut sebagai HiLight membolehkan pengguna menetapkan warna tertentu bagi kenalan kegemaran mereka.

Telefon kemudian akan menyala mengikut warna yang dipilih apabila kenalan berkenaan membuat panggilan, jika telefon tersebut diletakkan dengan skrin menghadap ke bawah.

Ciri itu melengkapi fungsi 'Flip to Shhh' pada Pixel, yang mengaktifkan mod 'jangan ganggu (do not disturb)' apabila telefon diletakkan dengan skrinnya menghadap ke bawah.

Peningkatan pada kamera pula termasuk mod baharu yang dinamakan sebagai 'Magic Capture', yang secara automatik merakam beberapa gambar dan video, dengan menyentuh butang pengatup (shutter) sekali sahja.

Bagi model Pro, ciri 'Instant Night Sight' membolehkan gambar dirakam dengan lebih pantas dalam persekitaran gelap, sekali gus mengurangkan keperluan untuk tidak menggerakkan telefon untuk masa yang lama sementara menunggu proses pendedahan cahaya.

Dengan peningkatan tersebut, gergasi teknologi itu berharap ia dapat meyakinkan pengguna untuk membeli model-model baharu yang ditawarkan, di samping memperluaskan penggunaan alat AI miliknya.

"Google terus mengetengahkan ciri sofwe baharu, terutamanya yang berasaskan AI, sebagai sebab untuk pengguna menaik taraf telefon mereka," kata penganalisis kanan Forrester, Andrew Cornwall.

Walaupun telefon Pixel tidak sepopular iPhone keluaran Apple, Google secara beransur-ansur meningkatkan penggunaan AI dalam telefon Pixel sejak 2023.

Dalam taklimatnya kepada wartawan minggu lalu, Google menyatakan bahawa telefon baharu tersebut akan menawarkan kapasiti penyimpanan yang lebih tinggi, iaitu seganda lebih tinggi berbanding sebelumnya, bermula dengan 256 gigabait (GB).

Ia juga menawarkan jangka hayat bateri selama 30 jam serta pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas.
Sumber : AP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita